Konvo di awal Mac
Alhamdulillah,
selesai sudah Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-7 Sidang Pertama, Mahasiswa Morocco. Saya mengucapkan
tahniah kepada 4 orang senior yang berkonvo di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada kali ini.
Poster Majlis |
Sebelum Majlis ini ditentukan tarikhnya. Aku
mendapat berita dengan perlantikan ajk program. Lantas aku teringat dengan satu
artikel yang pernah dibaca pada beberapa tahun lepas tulisan al-Ustaz Marwan
Bukhari dengan tajuk Timbunan Mayat pada Hari Konvo.
Aku ingin memetik
satu ucapan mashyur oleh Abul A’la al-Maududi ketika beliau menghadiri satu
majlis meraikan pelajar yang sudah tamat pengajian di sebuah universiti.
"Wahai
Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk
mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai
hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa
tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat
aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.
Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Sungguh kata-kata
ini benar sekali dan tidaklah tersasar melainkan tepat pada sasarannya. Aku
bukan ingin mengulas ucapan ini. Cukuplah anda membaca artikel asalnya.
Cuma, mungkin
sedikit perkongsian dari aku yang pernah menjadi Graduan pada Hari Konvokesyen
Graduasi Tahfiz seluruh Maahad Tahfiz di Kelantan dibawah kelolaan Yayasan
Islam Kelantan. Acara yang diadakan setiap tahun bermulanya kali pertama pada
tahun 2010. Tahun itu juga menjadi titik tolak acara ini menjadi event yang
ditunggu-tunggu oleh para Huffaz.
Bukan aku tidak
setuju dengan majlis yang sebegitu indah diadakan. Bahkan, objektif utamanya
mungkin untuk menghargai para Huffaz dan memberi semangat kepada mereka untuk
menghafal al-Quran. Dari satu sudut yang lain. Fenomena baru yang berlaku
apabila penghafal al-Quran berkejaran mencari sijil itu. Sanggup menghabiskan
hafazan sebelum tarikh graduan supaya dapat bersama memakai jubah bersama
kawan tanpa ada usaha untuk menjaga hafalan itu.
Rata-rata
mereka sungguh gembira dengan majlis sebegini. Termasuk aku. Walaupun perasaan
masih haru biru. Bagi aku, apa guna sijil itu kalau al-Quran tidak dijaga
dengan muraja’ah. Apatah lagi memahami, mengamalkan dan menyebarkannya. Kerana minda
segelintir pelajar telah dijajah dengan kehidupan bersijil sehingga melupakan hakikat
kehidupan pada ‘ilmu yang dicari. Bukan pada sekeping sijil.
Ingin aku
mengulangi post aku kepada sahabat yang baru mendapat sijil STAM bulan lepas.
Terbanglah dan pergilah
kemana jua, dengan matlamat yang satu. Terokailah yang jalan telah dilalui. Biarpun
panjang perjalanan ini. Impian kita bukanlah hendak sampai di penghujungnya. Tetapi
cukuplah kita mati di atas landasan ini. Sambunglah perjuangan ini,
bukan mencipta yang baru agar engkau tidak rasa letih.
Jangan pernah merasa cukup dan tertipu dengan mainan tempat persinggahan ini. Kerana bukanlah 'ilmu itu pada helaian kertas itu. Jika 2,3 Phd sekalipun. engkau masih belum mengenal 'erti kehidupan. seperti debu beterbanganlah kerana ditiup angin di akhirat nanti. Jom masuk University of Life.!
Jangan pernah merasa cukup dan tertipu dengan mainan tempat persinggahan ini. Kerana bukanlah 'ilmu itu pada helaian kertas itu. Jika 2,3 Phd sekalipun. engkau masih belum mengenal 'erti kehidupan. seperti debu beterbanganlah kerana ditiup angin di akhirat nanti. Jom masuk University of Life.!
seperti kata
Ibnu Mas'ud :
ليس العلم بكثرة الرواية
ولكن العلم الخشية ...
"Bukanlah 'ilmu itu dengan banyaknya riwayah,
tetapi 'ilmu itu ialah takut kepada Allah."
dan Yahya Bin Abi Kathir berkata:
لا يستطاع العلم براحة
الجسم
"Ilmu tidak dapat dicapai dengan kerehatan
badan". (Muqoddimah Shahih Muslim)
dan kata guruku as-Sheikh Abu Raihanah 'Abdul Muhaimin
:
العلم ليس بالمكان ولكن
بالتعام
"'bukanlah 'ilmu itu pada tempat, tetapi ia
dengan BELAJAR" kataku (perawinya thiqoh)
Orang yang bercita-cita menjadi alim tetapi tidak bersedia mengorbankan masa dan tenaga, tidak sanggup berlapar dan dahaga, tidak pernah menghabiskan waktu malam dengan berjaga, usahlah berangan-angan...
(Nasihat untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang ingin merasai nikmat 'ilmu).
Jesteru itu, lebih
baik rasa malu dengan diri sendiri, walaupun orang lain merasa bangga dengan
sijil itu. Tidak perlu menunding jari kepada orang lain. Koreksi dan audit diri
sendiri, kerana jauhnya kita sikap Ahlul Quran yang sebenar.
Cukup sekadar ayat
ini untuk buat aku termenung dan sentap :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ
ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ
وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ
ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ٣٢
32. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh
orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara
mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan
ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya
pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). Surah
Fathir.
Majlis Konvo
Banyak perkara
yang aku pelajari. Biarpun letih, aku teruskan berlatih walaupun masih
bertatih. Bekerja di antara lelaki dan perempuan cukup menguji iman. Inilah
ujian buat orang beriman. Membuatkan aku menulis satu pantun bila habisnya
program.
Perasaan aku perasan,
Moga dia tidak perasan,
Kerana Allah sudah pesan,
Yang membuatku terkesan.
Tipulah kalau
lelaki tidak teruji dengan perempuan yang ber'ajk' sekali. Hatta muslimah
yang bertudung labuh sekali pun. Syaitan lagi hebat membuat tipu
helah.
Program habis
ketika mana matahari sudah kurang panasnya. Berganti dengan awan yang membawa
petanda rahmat Allah akan turun. Angin bertiupan menghilang perkhabaran dari suara
manusia. Allah menguji peserta program dengan azan ‘Asar dari masjid berdekatan. Perjalanan
diteruskan. Tinggal lagi untuk sesi fotografi dan mesyuarat post-mortem. Alangkah baiknya jika solat di dirikan
dahulu. Biarpun, aku juga turut serta menjadi mangsa.
Di Jalan
al-Majd
Seperti biasa,
datangnya ke Rabat untuk program Persatuan, di Villa Ammu Fidae(VAF) aku
ditempatkan. Rumahnya di akhir jalan al-Majd. Syukur kerana rumah yang selesa
dan tidak berjauhan dengan apa yang perlu serta destinasi yang dituju. Di
tambah dengan senior yang baik dan soleh belaka. Aku memperingati perjalanan
aku dengan seorang senior ke Masjid Mashirah al-Khadhrak. 5 minit dari VAF. Hampir seminggu aku tinggalkan
masjid itu. Datangnya aku untuk kali ini,
ada satu perubahan yang agak ketara. Karpet ditempat solat ditukar
kesemuanya. Alhamdulillah. Bertambah selesa mereka untuk solat.
Namun, satu
sudut lain. Ada perkara yang tidak turut berubah. Antaranya, suasana padang
futsal yang berhampiran masjid. Hampir setiap waktu selain Subuh. Bola itu
ditendang oleh manusia juga.
Lalu,
terkeluar satu ungkapan.
Biarpun karpet bertukar baru,
Engkau masih dalam keadaan begitu,
Mungkin engkau masih tidak tahu,
Apa ertinya ke Masjid itu.?
Sejujurnya,
masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu kewajipan dan kepentingan
menjaga solat. Tidak kira tua atau muda, bangsa ‘Arab atau orang Malaysia.
Kerana kefahaman dan pengetahuan ini tidaklah dibina melainkan dengan ilmu di
dada. Bukan setakat dipelajari, malah dilazimi pada diri. Belum sentuh bab
solat berjama’ah dan solat di awal waktu. Khususnya, bagi lelaki.
Ketahuilah,
bahawasanya solat itu tiang agama. Tingginya nilai ibadah ini sehingga
menjadikan rukun Islam yang kedua. Selepas manusia mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Solatlah yang perlu dimuhasabah. Sepertimana yang diriwayatkan daripada Muaz
bin Jabal R.A, bahawasanya Rasulullah bersabda :
رأسُ الأمرِ الإسلامُ، وعمودُه الصَّلاةُ، وذُرْوَةِ سَنامِه الجهادُ
Kepala kepada
setiap sesuatu itu ialah Islam, tiangnya ialah Solat dan puncaknya ialah
berjihad di jalan Allah (riwayat at-Tirmizi, Hasan Shohih)
Solat juga
merupakan amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat
nanti. Rasulullah S.A.W
bersabda :
أولُ ما يحاسبُ بهِ العبدُ يومَ القيامةِ الصَّلاةُ ،
فإنْ صَلَحَتْ ، صَلَحَ سائِرُ عَمَلِه ، و إنْ فَسَدَتْ
فَسَدَ سائِرُ عَمَلِه
Amalan yang
pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik
(solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka
rosaklah seluruh amalannya." (Shahih at-Targhib wa at-Tarhib oleh as-Sheikh al-Albani)
Di dalam
al-Quran juga Allah menyebut antara ciri orang-orang beriman yang berjaya ialah
:
قَدۡ
أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ ٢ وَٱلَّذِينَ
هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ هُمۡ
لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ ٤ وَٱلَّذِينَ
هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ٥ إِلَّا عَلَىٰٓ
أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٦ فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ
ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٧ وَٱلَّذِينَ هُمۡ
لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨ وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ
صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٩
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan
menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka
sesungguhnya mereka tidak tercela;
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang
demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; - surah al-Mukminun
Pulang ke
Kenitra
Buat pertama
kalinya aku pulang ke rumah dari Rabat menaiki kereta. Pada awalnya aku niat untuk
solat jama’ apabila sampai dirumah nanti. Malang tidak berbau, kereta yang
dipandu oleh senior bersama 4 orang penumpang menghadapi masalah tayar pancit.
Hampir 20
minit bertungkus lumus memasang tayar spare. Alhamdulillah. Azan zohor
berkumandang. Perasaan berbelah bagi. Perjalanan diteruskan. 5 minit naik
kereta dengan tayar baru. Senior kepada senior berkata : ‘Kena singgah kedai
tayar jugak ni, sebab tayar spare ni tak tahan lama’. Driver angguk tanda akur
pada arahan. Lagi aku belajar untuk menghadapi masalah.
Kami masih
belum solat. Kerana 3 orang akan bermusafir ke Casablanca untuk hantar super
senior balik ke Malaysia. Tinggal aku dan seorang senior yang lain. Rupanya ada
perkara yang belum dilangsaikan. Mungkin sebab itu ujian Allah. Moga diampuni
dosa-dosa kami. Kedai tayar berhampiran rumah Ammu Fida’ie disinggah. Mengambil masa
yang agak lama untuk urusan tayar. Aku berjalan ke villa Ammu Fida’ie untuk melaksanakan kewajipan, sambil menulis satu rangkap :
Walau apapun
yang berlaku
Letaklah
Allah nombor satu
Bukan manusia
yang diseru
Nanti engkau
akan keliru.
Sekeping gambar bersama 2 orang senior yang berkonvo |
Allahu. Choukran bizzaf ingatkan hati yang layu ni.
ReplyDeleteBtw, pantun ni best!
Perasaan aku perasan,
Moga dia tidak perasan,
Kerana Allah sudah pesan,
Yang membuatku terkesan.
Psst: Bakpelah ambe takgi konvo huffaz tu, Boleh juppo demo :)
'Afwan akhil karim..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Allah pertemukan kita disini.
Uhibbuka fillah.
Barakallahu fiik..