Hadirnya aku untuk kali pertama di tempat itu. Walaupun persekitaran bukanlah seperti
yang dijangkakan. Aku mengeluarkan handset dari kocek seluar aku, terus
menelefon pengurus kepada program ini. Selang beberapa minit, insan itu keluar
dari bangunan bersebelahan aku. Aku berjabat tangan sambil bertukar senyuman dan
berkenalan bersama beliau. Selepas selesai urusan pendaftran, beliau mengajak
aku untuk masuk ke bilik kerana program sudah bermula tanpa menunggu peserta
lagi.
Aku melangkah ke dalam bilik untuk bersama-sama mereka mengikuti Bengkel Penulisan Islamik bersama Novelis terkenal itu. Dengan berbekal helaian kertas pen yang
disediakan. Aku mula mencatat sesuatu.
Aku pandang ke kiri dan kanan. Seolah aku rasa, aku lah insan yang paling
muda. Jauh dihadapan, sepasang suami isteri asyik mendengar ucapan novelis itu.
Bermulanya perkenalan diri dari beliau, aku semakin semangat untuk mengetahui,
apakah permulaan kepada semuanya dan telah membuat dirinya berjaya dan berdiri
di hadapan itu. Sudah hampir jutaan bukunya diterbitkan. Mungkin hampir ratusan
insan yang mendapat semangat dan hidayah dari tulisan beliau. Entah berapa
orang sudah yang telah berubah kearah kebaikan kesan dari tulisannya. Aku juga
merasainya selepas menbaca beberapa buah bukunya.
Aku membelek helaian yang diberikan pengurus program tadi untuk mencari
lampiran tentang perjalanan program. Aku membaca satu persatu tajuk yang akan
penulis itu kongsikan. Aku mula menginsafi diri apabila bab satu bermula dengan
tajuk ‘Niat, Matlamat dan Disiplin’. Kesemua khayalan aku sebelum ini hancur
seperti pecahnya cawan kaca yang jatuh dari pegangan bayi. Biarpun cawan itu
dapat dicantum kembali. Pasti mustahil kesannya dihilangkan. Alangkah baiknya,
beliau membuat aku terperanjat. Lemahnya kita, perlukan kepada nasihat dan
bimbingan sentiasa. Mungkin juga orang lain turut terkena.
Aspek pertama dihurai ialah NIAT. Inilah perkara yang aku lupa sebelum
mempersiapkan diri ke bengkel ini. Huraian dan soalan silih berganti beliau
utarakan kepada pendengar.
Tidak lain dan bukan apabila bercakap tentang Niat. Hadis inilah yang
dijadikan rujukan paling utama dalam bengkel ini.
‘Sesungguhnya setiap ‘amalan itu (tergantung) pada niatnya, dan
(balasan) bagi setiapnya (tergantung) kepada apa yang diniatkan. Barangsiapa
niat hijrahnya kerana dunia yang ingin dicapainya, atau kerana kerana seorang perempuan
yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang diniatkan.’
(Riwayat alBukhari, kitab Permulaan Wahyu, bab
Permulaan wahyu)
Sehingga beberapa orang ‘ulamak memulakan penulisan kitab hadis dan lain dengan
hadis ini seperti dalam kitab alShohih alBukhari, alArbain anNawawi, Misykat
alMashobih, Shohih Muslim dan lain-lain yang menjadikan Hadis niat ini sebagai
hadis permulaan di kitab mereka. Supaya manusia sentiasa mengingati tujuan
hidup ini. Kerana semuanya dibuat untuk mencapai Redha Ilahi. Betapa besarnya
makna kepada ucapan Nabi itu sehingga sarjana Islam menghuraikan begitu panjang
dan terperinci maknanya.
Dengan hadis inilah, pendengar kembali membetulkan niat dan meminta ampun
kepada Allah atas kesilapan yang telah lalu.
Biarpun beliau tanpa kopiah, namun syarahan hadis tadi jelas menunjukkan
beliau faham akan apa maksud itu kerana pakaian bukan syarat untuk menyebarkan dan
berlumba-lumba dalam kebaikan. Bahkan, lebih baik dari para ustaz berjubah dan
berserban yang berceramah menyebarkan
hadis-hadis palsu di dalam rumah Allah tanpa disedari oleh masyarakat dan diri sendiri.
Inilah satu pemikiran sesetengah masyarakat Malaysia yang perlu diperbaiki.
Mereka selalu tertipu dengan tebalnya serban dan putihnya jubah disebalik tipu daya iblis itu. Bukan bermaksud
saya membenci serban dan jubah. Perkara itu sunnah. Jika niat mengikuti Nabi.
insyaAllah pahala diberi.Namun, mestilah membawa selari dengan apa yang
ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W .
Asyiknya aku mendengar perkongsian beliau, hampir lupa untuk mencatat
sesuatu yang terlintas dan diucapkan oleh beliau. Tapi, apa yang masih tertulis
di kertas itu, masih aku dapat membaca kembali. ‘kerana apakah aku ingin terjun
ke bidang penulisan’ ?. sudah pasti, jika dijawab oleh pendengar, pelbagai
jawapan dan pandangan yang dapat dihidam. Kerana itu hasil dari pemikiran
mereka dari 'ilmu yang dipelajari.
Fokus utama, inilah yang perlu sentiasa di ingatan kita. Firman Allah dalam
surah az-Zariyat, juzuk ke 27, muka surat 523, ayat ke 56. Maksudnya :
Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
Dan makna kepada
beribadat kepadaKu ialah mengtauhidkan Allah. Dan perkara paling besar yang
disuruh Allah ialah tauhid, inti kepada kehidupan kita sendiri, iaitu beribadat
hanyasanya kepada Allah sahaja. Tanpa Tauhid. Hancurlah kehidupan ini. Terlerai
segala usaha disana nanti. Terbatal segala amalan yang di lakukan. Firman Allah
:
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai
Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi
sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu
yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap
menjadi dari orang-orang yang rugi.
Surah
az-Zumar, juzuk 24, muka surat 465, ayat ke 65.
Dan perkara
paling besar yang dilarang Allah ialah, syirik, ialah menyeru selain Allah dan
bersama kesyirikan itu. Firman Allah juga, dalam surah an-Nisak, juz kelima,
muka surat 84, ayat yang ke 36 :
Dan hendaklah
kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa
jua .
Leave reply