Dunia dan Sedekah

                      Sedikit perkongsian dari kitab Zaadut at-Tholibin (bekalan untuk penuntut ‘ilmu) karangan Muhammad ‘Aashiq Ilaahi. Beliau antara murid Maulana Zakariyya al-Kandahlawi.

                     Nama penuh kitab زاد الطالبين من كلام رسول الله رب العالمين صلى الله عليه وسلم  . Dihimpunkan hadis-hadis pendek, tapi mendalam maksudnya. Kesemua hadis di dalamnya berbentuk Jumlah Ismiyyah dan sangat mudah untuk pelajar bahasa ‘Arab peringkat awal mengi’robkannya.

Hadis 1. 

الدُنْيَا سِجْنُ المُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الكَافِرِ .

Mafhumnya : Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang Kaafir.

 At-Takhrij …….

-          Telah mengeluarkan hadis ini oleh Muslim pada awal kitab az-Zuhd daripada Abu Hurairah R.A. ‘anhu dan al-Tirmizi juga pada bab-bab al-Zuhd.

# Dunia itu dirasakan penjara bagi orang Mukmin kerana kesempitan dan kesukaran kepada orang Mukmin yang sentiasa mahu untuk keluar daripada dunia ke alam kedamaian dan ketenangan. Sementara orang Kaafir itu berangan-angan dengan perkara yang tidak didapati untuk kekal di dunia kerana kebergantungan dengan dunia. Maka, mereka tenggelam serta dikuasai oleh kesenangan dan kemewahan  di dunia, mereka juga mahu dunia dan kesedapannya itu menjadi milik mereka.

Hadis 2.

اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى

Mafhumnya : tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang dibawah.

At-Takhrij ……

-          Telah mengeluarkan hadis ini oleh alBukhari dalam kitab az-Zakat dari Hakim bin Hizam pada (bab Manjagaa diri dari meminta-minta), dan Muslim juga dalam kitab az-Zakat dari Hakim bin Hizam dan Abu Umamah dan ‘Abdullah bin ‘Umar R.A. ‘anhum. Dan pada hadis dari ‘Abdullah bin ‘Umar R.A ‘anhu, dia telah mentafsirkan dengan katanya : Tangan yang diatas itu adalah pemberi sedekah dan tangan yang dibawah itu ialah orang yang meminta.


2 Comments

Back to Top