Alkisah, terdapat seorang ketua paderi yang mashyur disebuah desa yang jauh
dari kota raya. Beliau seorang paderi yang teguh berpegang dengan ajaran agamanya.
Diceritakan beliau sentiasa beribadah dan setiap kali ingin beribadah,
terdapat seekor kucing yang tinggal di gereja itu hadir dan menganggu setiap
sesi ibadah si paderi. Sudah pasti paderi itu tidak selesa dalam lamunannya.
Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk mengikat kucing itu di salah satu
tiang gereja agar dia boleh bebas dalam merasai manis nya dia bersama
kepercayaan itu.
Bertahun lama
berlalu, paderi itu ditimpa penyakit dan meninggalkan dunia ini dengan penat
lelah dan ‘amalan yang telah dilakukan. Namun, semuanya seperti debu yang
beterbangan. Firman Allah dalam surah al-Furqan, juzuk 19:
( 23 ) Dan Kami
tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang
mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan.
Maka, bergantilah jawatan ketua paderi yang ‘alim dan warak itu kepada paderi yang lain.
Sebelum paderi baru ini beribadah, dia teringat akan perbuatan ketua paderi
lama itu ketika mana beliau ingin beribadah. Beliau akan mengikat kucing di
salah satu tiang dalam gereja ini. Tanpa banyak berbicara dan berfikir, beliau
membuat perkara yang sama seperti mana yang telah dilakukan oleh si paderi yang
telah meninggal itu.
Begitulah ‘amalan yang dilakukan para paderi yang datang dan silih berganti
jawatan selepas itu. Oleh kerana perkara
itu dilakukan oleh seorang ketua paderi, maka mungkin untuk mereka menilainya
kembali.
Dalam alQuran
juga Allah menyebut perkara yang hampir sama, dalam firmanNya, surah alBaqarah,
juz kedua :
( 170 ) Dan
apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan
oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut
apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka
menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara
ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?
Kata Sheikuna Mohammad ‘Asri Yusoff secara ma’nanya : Allah masukkan dalam
alQuran teguran ini untuk orang kafir, begitu juga umat Islam agar mengambil
pengajaran agar tidak melakukan perkara sama dengan golongan mereka.
Satu perumpamaan yang pernah
diungkapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz :
“ Umpama air yang mengalir dari hulur ke hilir,
puncanya dari bukit itu jelas nampak akan kejernihan dan kesucian air itu.
Apabila sudah mengalir jauh dan sampainya ke tempat kita. Pelbagai perkara yang
sudah bercampur dengan air tadi. Bahkan warna airnya juga sudah berubah, apatah
lagi rasa. Tidak lain dan tidak bukan cara untuk kita menggunakan air itu
semula ialah dengan menapis dan melakukan apa-apa proses yang berkaitan supaya
selamat segala virus yang mugkin boleh mengambil nyawa.
Samalah seperti Islam, kita
sudah berada di akhir zaman. Ratusan kurun sudah Islam lalui untuk sampai
kepada kita pada hari ini. Bayangkan segala macam jenis racun telah disuntik
oleh musuh-musuh Islam. Bertepatan dengan Firman Allah dalam surah alBaqarah,
juzuk 1 :
( 120 ) Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka
tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu.
Betapa besarnya jasa
dan peranan para sahabat ridwanullah ajma’in, tabi’ dan tabi’ tabi’in dan
‘ulamak rahimahumullah yang berjalan di atas landasan mereka dalam mengjaga keaslian agama yang suci dan dijamin
ini.
Dengan itu, segala tindak tanduk
kita pada hari ini bukan secara semberono kita lakukan tanpa panduan dari
agama. Bermula dari Nabi Muhammad s.a.w, generasi sahabat yang ditarbiyyah oleh
Nabi dan para salaf soleh yang sebaik-baik kurun dijamin oleh Nabi. Merekalah ikutan kita. Sungguh, terlalu banyak
hikmah dari orang terdahulu untuk kita pelajari. !!!
Leave reply