Jangan bersedih :
Perbanyakkanlah Istighfar kerana Allah Maha Pengampun .
‘Ibnu Shubayh
berkata :
شَكَا رَجُلٌ إِلَى الْحَسَنِ
الْجُدُوبَةَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَشَكَا آخَرُ إِلَيْهِ
الْفَقْرَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَقَالَ لَهُ آخَرُ. ادْعُ اللَّهَ
أَنْ يَرْزُقَنِي وَلَدًا، فَقَالَ لَهُ : اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَشَكَا إِلَيْهِ
آخَرُ جَفَافَ بُسْتَانِهِ، فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. فَقُلْنَا لَهُ
فِي ذَلِكَ؟ فَقَالَ: مَا قُلْتُ مِنْ عِنْدِي شَيْئًا، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ
فِي سُورَةِ" نُوحٍ": اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كانَ غَفَّاراً.
يُرْسِلِ السَّماءَ عَلَيْكُمْ مِدْراراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأًمْوَالٍ وَبَنِينَ
وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا .
"Ada seorang
lelaki telah mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang musim kering, maka
Al-Hasan berkata kepadanya, "Beristighfarlah !". Lalu ada lelaki yang
lain mengadu kepadanya tentang kemiskinannya. Maka Al-Hasan berkata,
"Beristighfarlah !". Lalu datang lelaki yang lain pula seraya berkata,
"Do’akanlah untukku agar Allah menganugerahkan kepadaku anak". Maka
Al-Hasan berkata kepadanya, "Beristighfarlah !". Lalu datang lelaki
yang lain yang mengeluhkan akan kebunnya yang kering. Maka Al-Hasan berkata
kepadanya. "Beristighfarlah !".
Kamipun berkata
kepadanya tentang jawapannya tersebut, maka Al-Hasan berkata, "Aku sama
sekali tidak berpendapat dengan pendapat peribadi, sesungguhnya Allah berfirman
dalam surat Nuh :
‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah
Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan
hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang
mengalir di dalamnya).’
(Kisah ini disebutkan oleh Al-Qurthubi dalam tafsirnya pada tafsir surah Nuh, demikian juga An-Nasafi dan Fakhru ar-Razi dalam tafsir mereka).
Perbanyakkanlah
Istighfar agar anda mendapat jalan keluar dari malasah, ketenangan dalam kehidupan, rezeki
yang halal, zuriat yang sholeh serta hujan yang lebat.
Firman Allah dalam surah Hud ayat ke-3 :
وَأَنِ
ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُمَتِّعۡكُم مَّتَٰعًا
حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى وَيُؤۡتِ كُلَّ ذِي فَضۡلٖ فَضۡلَهُۥۖ
3. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu , kemudian hendaklah kamu rujuk kembali ta'at kepadaNya;
supaya Dia memberi kamu ni'mat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke
suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada
tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang sholeh)
akan pahala kelebihannya itu
Dalam sebuah hadis disebut :
منْ أكثرَ منَ الاستغفارِ، جعلَ
اللهُ لهُ منْ كلِّ همِّ فرجًا، و منْ كلِّ
ضيقٍ مخرجًا، و رزقَهُ منْ حيثِ لا يحتسبْ
الراوي: عبدالله
بن عباس المحدث: السيوطي - المصدر: الجامع الصغير - الصفحة
أو الرقم:8508
خلاصة حكم المحدث: صحيح
خلاصة حكم المحدث: صحيح
‘Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah
memberi kepadanya jalan keluar untuk setiap dukacita dan akan membuka pintu
keluar dari setiap kesempitan dan rezekinya dari jalan yang tidak
terlintas dari hatinya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
كُلُّ ابْنِ آدَمَ
خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
"Semua anak Adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang
yang berdosa adalah orang yang bertaubat"
(HR Ibnu Maajah no 4241,
dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)
Dalam sebuah hadits al-Qudsi, Allah berfirman,
يا عبادي! إنَّكم
تُخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفرُ الذنوبَ جميعاً، فاستغفروني أغفرْ لكم
"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian berdosa
siang dan malam, dan Aku maha mengampuni dosa, maka mintalah ampun kepadaKu
niscaya Aku akan mengampuni kalian" (HR Muslim)
Duhai insan yang berdosa, wajibkanlah keatas
kamu untuk melazimi Sayyidul Istighfar. Jadikanlah sebagai zikir di kala waktu
pagi dan petang.
Syaddad bin Aus radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ
أَنْ تَقُولَ
Sayyidul
Istighfar ialah engkau membaca:
اللَّهُمَّ أَنْتَ
رَبِّي ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ،
Ya Allah, engkau
Tuhan ku, tiada yang layak disembah selain engkau.
خَلَقْتَنِي وَأَنَا
عَبْدُكَ ،
Engkau telah
menciptakan aku, dan aku hamba Mu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ،
Aku berusaha
untuk memenuhi sumpah dan janji ku semampu kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ
شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
Aku berlindung
dengan Mu daripada kejahatan perbuatan ku.
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ ،
Aku mengakui
dengan segala nikmat Mu ke atas ku.
وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
Aku mengakui
kepada Mu tentang dosa ku.
فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ
لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ampunilah
aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.
قَالَ : وَمَنْ قَالَهَا
مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُوَ
مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، .
Sesiapa yang
membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada
hari itu sebelum masuknya malam, maka dia adalah ahli syurga.
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ
اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ
الْجَنَّةِ
Sesiapa yang
membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum
masuknya waktu siang, maka dia adalah ahli syurga.
صحيح البخاري»كِتَاب
الدَّعَوَاتِ»بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ
[Sahih
al-Bukhari, Kitab Doa, Bab Kelebihan Istighfar, hadis no: 5858]
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.
Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat ke-33 :
وَمَا كَانَ ٱللَّهُ
مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ ٣٣
dan Allah tidak akan menyeksa
mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
Rujukan : La Tahzan, as-Sheikh 'Aidh al-Qarni, Cetakan Maktabah al-'Abaikan.
Leave reply