Pesan Guruku

Tempoh Imtihan

Ada apa dengan Imtihan .

                Dalam perjalanan pulang dari Masjid Labok, aku menumpang kereta Sheikh Muhaimin. Malam itu seingat aku bulan Ramadhan.

Sheikh bertanyakan aku satu soalan. ‘Bila habis Imtihan ?’

            Memadangkan ketika itu musim exam di sekolah aku telah bermula. Dan dalam fatroh exam inilah musim yang paling aku suka. Kerana ramai pelajar mula berjinak dengan buku-buku dan nota mereka. Dan akan terlihat perubahan suasana itu sendiri. Dari setiap sudut dan segi. Pelajar tidak membuang masa mereka begitu sahaja. Masjid yang sebelum itu sunyi dan kurang sambutan, mula mendapat kemeriahan dengan dijadikan tempat study, samaada study group atau keseorangan. Malah ada yang sanggup tidur di Masjid. Katanya,  kerana ingin bangun awal. Alhamdulillah. Tapi, ini hanya berlaku pada sesetengah pelajar sahaja.

Aku pun menjawab dengan ringkas soalan guruku tadi. ‘Lambat lagi sheikh, 2 minggu lagi.’ Aku sendiri terlupa dialog itu dengan tepat. Kerana perkara ini berlaku beberapa tahun lepas. Namun, aku meriwayatkan dengan makna.

Lantas sheikh membalas jawapan aku. ‘Erm, Imtihan ni tak akan habis!!!’

‘ha, kenapa Sheikh?’ ringkasnya kerana rasa hairan.

 ‘imtihan ni tidak akan habis kerana kehidupan di dunia ini pun satu ujian’ simple tapi sungguh mendalam ucapan seorang guru.

            Aku agak tersentap dengan jawapan sheikh itu kerana benar sekali apa yang disebutnya. Kata-kata itu seringkali aku teringat apabila exam-exam yang seterusnya. Sungguh ungkapan itu telah membuatkan aku berfikir dan merenung kembali. Apa erti kehidupan.? Lalu, aku termenungkan kata-kata Allah ini. 

Firman Allah : ( 2 )   Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-Mulk.



Kata Fudhail bin ‘Iyad : amalan yang paling baik itu ialah menepati sunnah dan ikhlas kerana Allah. Jika kurang salah satunya. Maka, tertolaklah. - (dengan ringkasan oleh penulis)

Dan ayat ini juga sebagai satu dorongan (targhib) untuk berbuat ‘amal keta’atan dan larangan untuk melakukan jenayah ma’shiat… (Tafsir al-Muyassar)

Dalam surah yang lain Allah berkata :
( 35 )   Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. – al-Anbiyak.

Kata Ibnu Kathir dalam tafsirnya : Allah akan uji dengan musibah-musibah dan ni’mat-ni’mat dari masa ke semasa(silih berganti), untuk Allah lihat siapa dalam kalangan hambaNya yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa yang yang sabar dan siapa yang putus asa. Seperti mana kata ‘Ali bin Abi Talhah, daripada Ibnu ‘Abbas : dalam menafsirkan (dan Kami menguji kamu), katanya, Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan kesakitan, kekayaan dan kefaqiran, halal dan haram, keta’atan dan kema’siatan, petunjuk(hidayah) dan kesesatan.

Dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan untuk dihisab setiap ‘amalan dan diberikan balasannya.
               
Sungguh aku rindu mereka. Lagi la aku rindu melihat mereka tatkala musim peperiksaan menjelma. Solatnya dijaga. Masanya terurus. Jadual hariannya tersusun. Namun, rindu aku menghilang, digantikan dengan kesedihan walaupun tanpa dijemput. Kerana. Kerana. Perubahan itu berlaku bukan kerana…. bukan dengan sebenarnya. Mungkin engkau masih kabur dalam perjalanan. Masih lagi tertipu dengan sistem ini dan sudah terbiasa dalam keadaan zon selesa. Maka, tetap dan tabahlah dalam merasai perubahan dan merestasi lingkungan ini. Berubahlah, biarpun sedikit. Tapi, asalkan istiqomah. Itulah perkara yang disukai Allah.

            Oleh kerana Jami’ah aku telah mengeluarkan Jadual Imtihan. Maka, dengan sendiri perubahan itu berlaku. Aku harap akan berkekalan walaupun sedikit. Sebab itu juga teringin nak tulis cerita ini.
·         Hari demi hari umur kita semakin meningkat. Moga kita jadi insan yang terbaik. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Baginda Nabi SAW, siapakah manusia yang paling baik? Maka jawab Nabi SAW : "من طالَ عمُرهُ وحسُن عملُه - mereka yang panjang umurnya serta baik 'amalnya" (HR al-Tirmizi, Hasan Sahih) .Jom jadi baik dan lebih baik.

Ayuh kita kejar kejayaan yang sebenar dengan cemerlang, terbilang dan gemilang iaitu dibebaskan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Amin. (rujuk surah Ali ‘Imran : 185)

Moga Allah memuliakan kita dengan dapat mencapai tujuan yang kita inginkan.

Mohon do’a dari sahabat-sahabat.

Kenitra. 9 Rabi’ul Awwal.

Kredit to Designer.
  

Suatu ketika bersama guruku

Kelas AlQuran hari ini diganti dengan tazkirah daripada Sheiki Abdul Muhaimen. Sekitar jam hampir 8 pagi. Sheikh hadir ke maktabah. Tempat halaqah AlQuran kami diadakan. Soalan pertama yang diajukan kepada anak muridnya ialah ‘siapakah yang pandai translate BM kepada BI’?. Kami mula saling pandang memandang dan menunding jari. Aku hanya menundukkan kepala kerana kekurangan dalam bahasa asing ini. Walaupun bahasa itu penting dewasa ini. Dia meminta dua orang yang pandai bahasa itu untuk membantunya. Tidak diberitahu secara jelas tujuannya. Sejurus itu, beliau membuka topik perkongsian ‘ilmiah hari ni dengan tajuk ‘Islam di negara Barat’ .

Beliau menceritakan keadaan isu semasa tentang fenomena Islamisasi di negara Barat seperti German dll. Betapa ramainya insan di negara asing itu telah mula memeluk Islam. Berlainan dengan Malaysia, krisis murtad belum ada penyelesaian yang proaktif.

Sheikh juga ada menyebutkan nama Dr. Zakir Naik, seorang tokoh da’ie yang wajar dicontohi. Beliau berkongsi tentang hujah-hujah golongan anti-Islam dan bagaimana untuk menjawabnya. Perkara yang paling banyak disentuh oleh beliau ialah tentang ‘Islam tidak berlaku ‘adil terhadap wanita’. Banyak soalan beliau lontarkan untuk kami mengerahkan otak supaya berfikir. Semua soalan yang diajukan ialah dari mulut mereka yang menentang Islam dan orientalis.

Antara soalan dan hujah balas ialah :
 *kenapa perempuan mesti mempunyai mahram jika hendak bermusafir?
Ha! Apakah jawapan anda. Mungkin ada yang pernah membacanya. Tapi, ini sedikit perkongsian dari guru kami. Secara mudahnya beliau memberikan metafora perempuan dengan emas.

Contohnya, apabila kamu ada simpanan emas. Secara automatik, pencuri akan terpikat dengan kamu untuk mencuri emas itu. Pencuri itu secara fitrahnya kita menganggapnya jahat kerana beliau ingin mencuri. Begitu juga perempuan, jika dia musafir tanpa mahram. Lelaki yang jahat akan mudah untuk memerangkapnya dengan memakai topeng ‘kebaikan’ untuk memuaskan nafsu yang jahat itu.

Islam itu amat menjaga perempuan. Cuma perlu anda tahu dan sedar betapa besarnya peranan wanita dalam pembangunan ummah itu ...

Betapa besar dan maha pentingnya peranan wanita itu. Dengan ia, boleh membawa lelaki ke syurga. Dengan dia juga, boleh mengheret lelaki ke jahannam. Seburuk-buruk tempat kembali. Antara buku yang menarik untuk dibaca ialah ‘Untukmu Wanita’ karangan Dr. Zaharuddin Abd. Rahman. Kerana aku mempunyai ibu dan adik perempuan yang disayangai. Buku itu aku beli dan diletakkan di maktabah rumahku. Senang ibuku apabila membacanya. Apatah lagi, anaknya.



Satu hadis yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca dari kitab Zaadu at-Tholibin :

النِّسَاءُ حَبَائِلُ الشَيْطَانِ

Maksudnya : Perempuan-perempuan itu dijadikan jerat/perangkap oleh syaitan.

At-Takhrij ……
-          Muhammad ‘Ashiq Ilahi telah menisbahkan hadis ini kepada pemilik kitab ‘Misykatul Masoobih’ dalam kitab al-Roqhoq kepada Rozin(salah seorang penulis kitab) daripada Huzaifah R.A ‘anhu. Dan telah menyebut hadis ini oleh as-Sakhowi dalam kitabnya alMaqosidul Hasanah (Hadis no. 586) dan dia telah berkata (hadis) : ‘Pemuda adalah cabang dari kegilaan dan wanita itu dijadikan jerat oleh syaitan. Ditakhrij oleh Abu Nuaim dalam kitabnya al-Hulyah daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Aabis dan Ibnu Laal daripada Ibnu Mas’ud R.A ‘anhu, dan Ad-Dailami meriwayatkannya daripada Abdullah bin ‘Aamir R.A ‘anhu dengan hadis yang panjang, dan oleh at-Taimiy dalam kitabnya at-Targhib daripada Zaid bin Kholid. Kesemuanya seperti (hadis) ini.

-          Kemudian as-Sakhowi berkata : Hibalah itu ialah apa yang diburu oleh nya daripada apa-apa benda sekali pun. Jama’ kepada Hibalah ialah Habail.

-          Hadis ini disokong dengan apa yang dikeluarkan oleh dua orang Sheikh dalam bidang Hadis (alBukhari dan Muslim) daripada Usamah bin Zaid R.A ‘anhu . berkata Rasulullah S.A.W :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ منَ النِّسَاءِ
‘tidak aku tinggalkan selepas aku fitnah yang paling berat kepada lelaki, iaitu perempuan’

-          Maka sesungguhnya syaitan itu menggunakan perempuan untuk memburu lelaki dan menjadikan perempuan sebagai sebab untuk menyesatkan lelaki . Namun, alangkah beruntungnya perempuan yang solehah itu, yang ikhlas dalam kehidupannya, yang hanya Dia dihatinya, jauh dari tipu daya syaitan dan dunia yang rosak.

Untuk lebih lanjut tentang hukum wanita musafir tanpa mahram sila klik link di bawah.  


Back to Top