Cerita seekor singa vs sekumpulan keldai
Pada suatu malam, sekumpulan keldai telah bermesyuarat untuk ‘memanggil’
seekor singa. Raja kepada segala haiwan. Tujuannya ialah untuk membuat
rundingan kes. Bayangkan seekor singa yang
mahsyur dengan kehebatannya membaham musuh telah dikepung sekumpulan
keldai. Kadang-kadang sudah menjadi sunnatullah, makhluk jika berseorangan
mesti takut dan kecut apabila berhadapan dengan jumlah yang ramai. Ditambah pula
kedebaran singa yang masih di peringkat umur kanak-kanak dan muda dengan
kehidupannya itu dengan umur keldai yang sudah tua dan berpengalaman yang luas
dalam projek sebegini.
Setelah seketika, keldai itu telah memulakan pembicaraan dengan singa. Walaupun
tidak ramai keldai yang bercakap. Keberanian mereka terserlah kerana jumlah
mereka yang mustahil untuk seekor anak singa menyelematkan diri.
Selepas selesai sesi soal jawab, bermulalah agenda pergaduhan seekor singa
dan geng keldai. Inilah sebenar tujuan geng keldai ini. Sungguh menyedihkan
kerana singa yang masih mentah ini di’buli’ oleh keldai yang masih kurang
matang. Apabila kes ini disiasat, ternyata tiada hubungan sangat pun keldai
dengan singa itu. Tapi, keegoan keldai telah ditambah dengan hasutan ‘syaitan’ musuh
sejati.
Biarpun sekumpulan keldai itu berdalil untuk men’didik’ singa yang jauh
berbeza dengan mereka.
Sistem Manusia
Mengikut prinsip dan peraturan kehidupan manusia, sikap ini terlalu salah
serta tidak menigikut petunjuk dari Utusan Allah, Nabi s.a.w. Bahkan Kalamullah, Al-Quran mengajarkan untuk menyelidik segala berita dan
maklumat yang sampai sebelum kita menjatuhkan sesuatu musibah kepada orang lain. Baginda
juga berpesan supaya menutup ke’aiban setiap muslim termasuklah diri sendiri
dengan ganjaran Allah akan tutup ke’aibannya di hari akhirat kelak. Begitu juga
Islam melarang daripada menyakiti hati dan jasad insani apatah lagi memukul
saudara se’aqidah tanpa sebab yang dizin oleh syara’. Kerana itu kata Nabi,
seseorang Muslim itu terselamat dari kejahatan lidah dan tangan Muslim yang
lain.
Jika kes ini berlaku terhadap manusia, inilah nasihat saya terhadap hamba
Allah sekalian.
Kembali Cerita Keldai
Seusai keldai memperlakukan singa sebegitu dasyat. Muncul dua tiga ekor keldai yang
asyik dengan agenda buli secara ramai-ramai tadi tampil berhadapan dengan
singa. Ingatkan ingin meneruskan slot sebelum itu. Tapi, baiknya keldai itu,
mereka memberikan nasihat dan motivasi untuk berubah menjadi baik.Hah! jangan
terkejut. Tapi, inilah fitrah bagi manusia. Suka kepada kebaikan. But, tidak
ramai yang memenui jalan kebaikan itu.
Memang itu prinsipnya, setelah puas menghukum baru terfikir untuk mendidik
dan menyeru kepada kebaikan dan kedamaian. Bagi kita insan, mungkin anda
merasakan tidak ‘adil dan sebagainya. Alhamdulillah. Itu tanda iman kita masih hidup. Simpati kepada
orang yang dizalimi haknya fitrah manusia selaku makhluk ciptaan Allah yang
terbaik. Mereka diberi ‘aqal untuk berfikir dan merenung jauh kepada kehidupan abadi.
Selang beberapa minit seketika, singa dilepaskan dan pulanglah dia ke
pangkuan kaum kerabat mereka. Dengan persaan marah dan dendam yang
tersemat kerana di’adili oleh keldai yang bodoh itu menyebabkan singa itu
meneruskan kehidupannya dengan mengumpat geng keldai itu. Nasib baik bukan
manusia, kalau tidak mana mungkin mereka
sanggup untuk makan daging saudara mereka sendiri?
Keesokkan paginya, sang keldai kembali kepada penempatan kawan-kawan mereka
yang tidak terlibat dalam kes semalam. Mereka dengan bangganya menceritakan
perihal kes yang berlaku semalam kepada keldai lain. Tanpa rasa bersalah
sedikit pun. Hasilnya, mereka dipandang tinggi dan dihormati.
Terokailah Kehidupan ini. |
Beza dengan kita
Mujurlah mereka haiwan. Walau apapun perbuatan yang mereka telah lakukan. Tiada kerisauan memikirkan
balasan atau dipersoalkan akhirat kelak. Namun, banyak pengajaran yang dapat
diambil untuk manusia hayati tentang kehidupan mereka.
Bezanya dengan manusia, mereka akan disoal diatas segala perbuatan yang
telah dilakukan semasa hidup di dunia. Satu persatu ditanya oleh Pencipta.
Allah Maha Esa. Pada hari pen'adilan kelak. Tangan mereka berkata dengan mengaku semua perbuatan yang telah
dilakuakan. Kaki pula menjadi saksi akan segala perbuatan empunya tubuh.
Keistimewaannya
Namun, manusia sentiasa diberi peluang untuk bertaubat selagi mana mereka menyedari
kesalahan itu. Jika melibatkan dengan manusia, pergilah dengan memohon maaf
dengan mereka. Jika kesilapan antara Tuhanmu. Berurusan dengan Allah Maha
Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya. Tanda Allah tidak
pernah menzalimi hambaNya. Sedarilah Allah itu Maha Penerima Taubat.
Seruan saya kembalilah kepada Allah wahai pembuat dosa. Taubat itu lebih mudah dari tidak bertaubat.. Akurlah kelemahan
dan kehinaan diri di hadapan Allah. Usah merasa hebat dan kagum dengan segala
dan semua ni’mat yang dipinjamkan olehNya.