Ada apa dengan
Imtihan .
Dalam perjalanan pulang dari
Masjid Labok, aku menumpang kereta Sheikh Muhaimin. Malam itu seingat aku bulan
Ramadhan.
Sheikh bertanyakan aku satu soalan. ‘Bila habis Imtihan ?’
Memadangkan
ketika itu musim exam di sekolah aku telah bermula. Dan dalam fatroh exam
inilah musim yang paling aku suka. Kerana ramai pelajar mula berjinak dengan
buku-buku dan nota mereka. Dan akan terlihat perubahan suasana itu sendiri.
Dari setiap sudut dan segi. Pelajar tidak membuang masa mereka begitu sahaja.
Masjid yang sebelum itu sunyi dan kurang sambutan, mula mendapat kemeriahan
dengan dijadikan tempat study, samaada study group atau keseorangan. Malah ada yang
sanggup tidur di Masjid. Katanya, kerana
ingin bangun awal. Alhamdulillah. Tapi, ini hanya berlaku pada sesetengah pelajar
sahaja.
Aku pun menjawab dengan ringkas soalan guruku tadi. ‘Lambat lagi sheikh, 2
minggu lagi.’ Aku sendiri terlupa dialog itu dengan tepat. Kerana perkara ini
berlaku beberapa tahun lepas. Namun, aku meriwayatkan dengan makna.
Lantas sheikh
membalas jawapan aku. ‘Erm, Imtihan ni tak akan habis!!!’
‘ha, kenapa
Sheikh?’ ringkasnya kerana rasa hairan.
‘imtihan ni tidak akan habis kerana kehidupan
di dunia ini pun satu ujian’ simple tapi sungguh mendalam ucapan seorang guru.
Aku agak
tersentap dengan jawapan sheikh itu kerana benar sekali apa yang disebutnya.
Kata-kata itu seringkali aku teringat apabila exam-exam yang seterusnya.
Sungguh ungkapan itu telah membuatkan aku berfikir dan merenung kembali. Apa
erti kehidupan.? Lalu, aku termenungkan kata-kata Allah ini.
Firman Allah : ( 2 )
Dia lah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan
Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat); - al-Mulk.
Kata Fudhail bin
‘Iyad : amalan yang paling baik itu ialah menepati sunnah dan ikhlas kerana
Allah. Jika kurang salah satunya. Maka, tertolaklah. - (dengan ringkasan oleh
penulis)
Dan ayat ini juga
sebagai satu dorongan (targhib) untuk berbuat ‘amal keta’atan dan larangan
untuk melakukan jenayah ma’shiat… (Tafsir al-Muyassar)
Dalam surah yang
lain Allah berkata :
( 35 ) Tiap-tiap
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. – al-Anbiyak.
Kata Ibnu Kathir dalam tafsirnya : Allah akan uji dengan
musibah-musibah dan ni’mat-ni’mat dari masa ke semasa(silih berganti), untuk
Allah lihat siapa dalam kalangan hambaNya yang bersyukur dan siapa yang kufur,
siapa yang yang sabar dan siapa yang putus asa. Seperti mana kata ‘Ali bin Abi
Talhah, daripada Ibnu ‘Abbas : dalam menafsirkan (dan Kami menguji kamu),
katanya, Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dengan
kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan kesakitan, kekayaan dan kefaqiran,
halal dan haram, keta’atan dan kema’siatan, petunjuk(hidayah) dan kesesatan.
Dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan
untuk dihisab setiap ‘amalan dan diberikan balasannya.
Sungguh aku rindu mereka. Lagi
la aku rindu melihat mereka tatkala musim peperiksaan menjelma. Solatnya
dijaga. Masanya terurus. Jadual hariannya tersusun. Namun, rindu aku
menghilang, digantikan dengan kesedihan walaupun tanpa dijemput. Kerana.
Kerana. Perubahan itu berlaku bukan kerana…. bukan dengan sebenarnya. Mungkin
engkau masih kabur dalam perjalanan. Masih lagi tertipu dengan sistem ini dan
sudah terbiasa dalam keadaan zon selesa. Maka, tetap dan tabahlah dalam merasai
perubahan dan merestasi lingkungan ini. Berubahlah, biarpun sedikit. Tapi, asalkan
istiqomah. Itulah perkara yang disukai Allah.
Oleh kerana Jami’ah aku telah mengeluarkan
Jadual Imtihan. Maka, dengan sendiri perubahan itu berlaku. Aku harap akan
berkekalan walaupun sedikit. Sebab itu juga teringin nak tulis cerita ini.
·
Hari demi hari umur kita semakin meningkat. Moga kita jadi insan yang
terbaik. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Baginda Nabi SAW, siapakah
manusia yang paling baik? Maka jawab Nabi SAW : "من طالَ
عمُرهُ وحسُن عملُه - mereka yang panjang umurnya
serta baik 'amalnya" (HR al-Tirmizi, Hasan Sahih) .Jom jadi baik dan lebih
baik.
Ayuh kita kejar kejayaan yang sebenar dengan
cemerlang, terbilang dan gemilang iaitu dibebaskan dari neraka dan dimasukkan
ke dalam Syurga Allah. Amin. (rujuk surah Ali ‘Imran : 185)
Moga Allah memuliakan kita dengan dapat mencapai
tujuan yang kita inginkan.
Mohon do’a dari sahabat-sahabat.
Kenitra. 9 Rabi’ul Awwal.
Kredit to Designer. |