Alhamdulillah,
aku diberi kesempatan untuk menghadiri kelas mingguan bersama as-Sheikh Sa’id
al-Kamali di Masjid Sunnah, Rabat. Rutin pelajar-pelajar Morocco yang tinggal
di Rabat mengisi masa mereka dengan kuliah-kuliah di sini. Seperti biasa kuliah
as-Sheikh, bilangan pendengar berlainan sungguh dengan kuliah lain.
Beliau
nasihatkan kepada penuntut ‘ilmu syari’ah untuk mempelajari Bahasa ‘Arab. Bahkan,
beliau selalu mengulangi nasihat ini. Bagaimana jika kita ingin memahami agama
tanpa mempelajari Bahasa ‘Arab. Bahasa al-Quran dan juga al-Hadis. 2 sumber
utama agama yang Mulia ini.
Pada hemat
penulis, walau apapun bidang yang dipelajari sama ada Pengajian Islam atau Bahasa ‘Arab. Tetap ! kita
perlu untuk kuasai Bahasa ‘Arab. Tiada alasan. Noktah. Ia bahasa umat Islam. Hatta bangsa 'Arab bertungkus lumus mempelajarinya. Sedang kita keturunan Melayu memandang remeh bahasa 'Arab. Memang tidak patut.
‘Ulamak
yang dipercayai dalam agama Islam berterusan mengeluarkan makna-makna ayat al-Quran,
menggali perkara-perkara yang halus darinya, mendalami makna yang sukar
difahami sampai kepada titik penghabisannya. Itulah al-Quran pembawa kepada
banyak wajah bacaannya. Ini juga menunjukkan bukti tentang keautoritian
al-Quran dan mengukuhkan lagi ke’ajaiabannya. Seperti kata sya’ir :
كَالبَدْرِ مِنْ حيث التَفَتَّ رأيتَه يهدي إلى عينيك نورا ثاقبا
كالشمس في كبد السماء وضوءها يغشى البلادَ مشارقا ومغاربا
‘Seperti
bulan dari mana kamu
berpaling melihatnya, yang memberikan kepada dua mata kamu cahaya yang bisa
menembusi’
Seperti matahari
di tengah-tengah langit dan sinarannya, yang meliputi pada Negara di
kawasan-kawasan timur dan barat’ (Muqoddimah I'rob al-Quran al-Karim wa bayanuhu - al-Ustaz ad-Darwish)
Pengajian diteruskan
sehingga as-Sheikh menutup majlisnya dengan kaffarah (pembersih) majlis. Do’a
ini seperti mana diriwayatkan :
سُبْحَانَكَ اللهم وبحمدك, أشهد أن لا إله إلا أنت أَسْتَغْفِرُكَ
وَأَتُوبُ إِلَيهِ
“Maha
suci Engkau Ya Allah, dengan memujiM, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang
berhak di sembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat
kepadaMu”.(Ashhab as-Sunan. Lihat at-Tirmizi 3/153.
Telah tsabit
dari ‘Aisyah r.a ‘anha katanya : “setiap kali Rasulullah s.a.w duduk di suatu
tempat, apabila selesai membaca al-Quran dan selesai melakukan solat, Baginda
mengakirinya dengan membaca kalimah (do’a) ini “. An-Nasai dalam ‘Amal al-Yaum
wa al-Lailah no.308, Dr. Farouq Hammadah mantashihnya dalam tahqiq kitab in,
273.
Sebelum semua
orang beredar, as-Sheikh memberitahu bahawasanya ada seorang lelaki yang telah diberi
hidayah oleh Allah akan melafazkan syahadahnya dihadapan jama’ah yang hadir
sebagai saksi. Orang Amerika. Dia dibawakan kehadapan dan beliau melafazkan
syahadah bersaksikan kami.
Selesai itu,
aku melihat orang ramai mengerumuni beliau. Sambil bersalam dan memeluknya. Ucapan
juga mungkin diberikan. Aku hanya memerhati. Seingat aku, inilah kali pertama
secara langsung melihat majlis sebegini.
Aku terkedu
dan memikirkan seketika. Betapa untungnya beliau. Diberikan hidayah oleh Tuhan.
Seumpama bayi yang baru lahir. Semua dosa-dosanya telah lalu diampunkan.
Oh,
alangkah indahnya. Bahagianya dia. Tenteramnya dia. Tanpa ada sebarang dosa dan
noda yang mencemari.
Suara aku
tersekat untuk berkata. Merenung nasib diri tanpa ada dusta.
Sedang kita bergembira dengan hidayah yang Allah berikan kepadanya. Fikirkan juga untuk diri sendiri. Berdo'alah juga supaya sentiasa diberi hidayah.
Sudah tiada
apa yang ingin aku sampaikan. Cukuplah untuk kita sama-sama berfikir. Muhasabah
kembali. Saban hari menambah dosa. Bagaimana pula dengan istighfar dan taubat kita?
Leave reply