Malam yang
terakhir bersama Ustaz Hadi. Beliau antara pelajar Malaysia yang berjaya
menamatkan pengajian dari peringkat Ijazah hinggalah ke PhD di Morocco. Beliau juga antara pelajar
Malaysia yang telah berkahwin dengan orang Maghribi. Alhamdulillah, sekarang
sudah dianugerahkan 3 orang cahaya mata.
Tidak lama aku
sempat bersama beliau. Berbeza dengan senior-senior lain. Hampir 2 tahun
hubungan mereka di Kenitra bersama Ustaz Hadi. Biarpun setengah tahun bersama
ustaz. Banyak ‘ilmu yang diperolehi. Dari pelajaran adab hinggalah
pengetahuan agama.
Malam terakhir
sebelum beliau balik ke Malaysia. Beliau menziarahi rumah kami untuk kali
terakhir. Malam itu, kami masih sempat bergurau senda, bertukar senyuman dan saling ramah mesra.
Di akhir slot pertemuan kami, beliau nasihatkan beberapa perkara untuk kami. Dan secara
‘amnya sesuai untuk semua mahasiswa Malaysia. Ringkasnya penulis kongsikan
dengan sedikit olahan bahasa. insyaAllah tidak lari dari apa yang hendak ustaz
sampaikan. :D
- - Untuk Muktamar, mesyuarat dengan sebaik mungkin. Jangan
mudah-mudah untuk tukar perlembangan. Ia sesuatu perkara yang besar. Fikirkan
untuk kebaikan bersama dan jangka masa juga. Carilah kesamaan untuk sama-sama
kita bersatu. Bukanlah pebezaan itu untuk dimusuhi. Jauh sekali untuk berbalah.
Malah, untuk saling melengkapi. Mengapa sedikit perbezaan itu membuat kita jauh
jaraknya? Hingga susah untuk bersua dan bercerita. Bersepakatlah dalam perkara
ma’ruf dan mencegah yang munkar. Islam itu mengajarkan perpaduan.
- - Ambil peluang yang hadir dihadapan kamu ini untuk
belajar bersungguh-sungguh. Rancang pembelajaran kamu sebaik mungkin. Ustaz
dulu masa ijazah, sudah apa planning belajar dan kahwin bila. Jangan ponteng
kelas (ada yang terasa). Hadirkan diri di saf pertama dalam kelas supaya ustaz
kenal kamu. Dekatilah mereka. Mungkin disitu terdapatnya berkat ‘ilmu yang
jarang orang perolehi. Hormatilah mereka. Pelajari adab-adab dari mereka.
- - Tidak salah untuk kamu pergi melancong ke eropah jika mampu. Pastikan jaulah kamu itu bermanfa’at. Jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang sia-sia. Dulu bukan ustaz tak mahu jaulah ke eropah. Tapi, ustaz simpan untuk kahwin sebab itu lagi
baik’. (sentap sekejap)
- - Jagalah solat. Jemaah di Masjid. Solat Dhuha.
Kalau kamu yang belajar tak ‘amalkan. Nanti nak ajak masyarakat ? Sentiasalah bersedekah kepada mereka. Jangan
pernah cuba timbulkan rasa sangka buruk kepada mereka peminta sedekah. Kalau
tidak mampu untuk bagi duit pun. Pastikan ada do’a untuk mereka ketika berselisih ataupun di
waktu lain. Sekadar pun terlintas dalam hati. Ni’mat rezeki yang kamu ada sekarang
ini belum tentu kekalnya. Allah boleh tarik hanya dengan sekelip mata.
- - Ingat !!! baliknya kamu ke Malaysia. Masyarakat
akan memandang kamu sebagai ustaz. Kamu berada di mimbar seorang jurucakap
kepada agama. Jangan ambil mudah dengan perkara ini. Jadilah contoh terbaik
untuk mereka. Yang tidak tahu jawab tidak tahu. Yang benar sebarkan untuk
manfa’at bersama. Jangan memandai atau buat-buat tahu akan perkara-perkara yang
kita tidak tahu. Sentiasalah menambah ‘ilmu dan meng’amalkannya.
- - Malam ni ustaz nasihat kamu. Nanti bila-bila, masa
ustaz lupa kamu pula yang nasihatkan. Begitulah kehidupan. Hidupkan ‘amalan
nasihat-menasihati.
Paling baik,
ustaz ‘tembak’ kami di akhir kalam beliau. ‘ni, nasihat panjang-panjang ni,
esok Subuh lewat jugak’ ......
Inilah penutupan yang paling sentap untuk ‘kita’. Mungkin.
Kenagan bersama Ustaz Hadi pada hari Munaqosyah Dukturoh beliau. |
Leave reply