Menongkah arus perubahan kehidupan di tempat persinggahan, memerlukan kepelbagaian untuk menghadapinya agar tidak rebah dan jatuh dari landasan kebenaran.
Pengalaman seorang hamba itu dalam mengharungi mehnah
dan tribulasi di pentas da'wah ini sungguh mengasyikkan. Bagi yang pernah
melaluinya, tahulah bagaimana perasaan dan pengalaman itu. Tapi, tidak cukup
sebenarnya untuk digambarkan dalam tulisan yang ringkas ini. Seorang insan yang
baru dapat berpijak di bumi yang nyata ini setelah dia berubah dengan mendapat
hidayah dan taufiq dari Allah SWT. Hidupnya berubah dari meraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya kepada sinar nur Ilahi. Manusia tidak menyangka yang terlalu
banyak perkara yang berlaku setelah dia menemui jalan untuk pulang ke pangkuan
Tuhan. Itulah kehebatan dan keindahan yang terselit di sebalik hijrah seseorang
insan.
|
![]() |
Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillahi Rabbil Alamin..wabihi nasta'in..wala 'udwana illa 'ala zdolimin..segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT..di atas segala nikmat tidak terhenti..nikmat Islam, Iman, Sunnah dll..tidak terhimpun semua nikmat yang telah diberikan sebermulanya kita di lahirkan ke dunia ini dengan tujuan yang sama..
Allah berfirman :
أعوذ با لله من الشيطان الرجيم
وما خاقت الجن والإنس إلا ليعبدون : سورة الذاريات :
Begitulah Allah yang Maha Pengasih terhadap hambanya.tidak pernah menzalimi hambaNya.bahkan merekalah yang menzalimi diri sendiri yang hasil dari perbuatan mereka sendiri.walhal manusia sering berada dalam kelalain dengan maksiatnya, hiburan, jenayah dll.tetapi, tetap manusia diberi nikmat yang terselit ujian ataupun musibah.
Berkata ahli falsafah, masyarakat yang dijamu dengan maksiat dan jinayah, akan melahirkan masyarakat yang berfikiran kelas ketiga....
adakah tertegaknya Islam dengan minda penganutnya yang malas untuk berfikiran, putus asa untuk bekerja, takut melaksanakan perubahan, sentiasa beralasan, malas berusaha dan berikhtiar, dihantui oleh bayangan kematian yang tidak boleh tangguh sesaat cepat atau lambat, merasa cukup dengan apa yang ada atau selesa dengan suasana yang sedang meruntuh, hancur dan jumud ini.
Kesannya
Subnallah..begitulah natijah jika kita umat Islam sendiri yang terpelawa dengan juadah yang di hidang oleh musuh kita..sudah nyata dan terang masyarkat kita sedang berada dalam kepenatan yang teramat sangat akibat menelan racun yang dianggap madu kerana dinilai di atas dasar kemahuan tuan yang jahat..
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda : حفت الجنة بالمكاره , وحفت النار بالشهوات
"dikelilingi Syurga itu dengan perkara yang tidak disukai(bertentnagan dengan hawa nafsu), dan dikelilingi Neraka itu dengan perkara yang syahwat"
Manusia sentiasa berhadapan dengan perkara yang suka dan perlu untuk dilakukan.sering kali benda ini bertentangan..kadang-kadang benda yang tidak perlu kita lakukan..itulah yang suka kita lakukan dan benda yang suka kita lakukan tetapi langsung tidak perlu kita lakukan..satu contoh : untuk bangun solat Subuh..setiap muslim perlu(wajib) untuk bangun dan menunaikannya..dalam masa yang sama, kita lebih suka meneruskan tidur walhal perkara itu sudah tidak perlu pada masa itu..ia sudah bertukar menjadi suatu kelaziman sesetengah insan..terlalu berat untuk mengangkat selimut yang beratnya tidaklah sampai sekilo..