sementara
menunggu Pilihanraya.
Istikharohlah
wahai Mahasiswa Malaysia
pohon petunjuk
dari Allah
supaya
ditunjukkan siapa dari mereka
yang mampu
menggalas amanah
Istisyaroh
jangan pula ditinggalkan
Bincanglah bersama
untuk kemashlahatan
Kenalilah
mereka untuk kebaikan
Lihatlah dari
apa diperkatakan
Sesuaikah
untuk di'amalkan
al-Qowiy dan al-Amin diutamakan
Aku sendiri
pun menjadi buntu
Memilih setiap
jawatan seorang satu
Kerana semua
punyai kelebihan
Alangkah
baiknya tiada pengundian
Tidaklah apa
yang kukenali dari mereka(Ikhwan)
Melainkan
semuanya dipenuhi kebaikan
Dari 'ilmu
agama hinggalah adab dalam kehidupan
Antara mereka
semuanya pernah kongsikan
Bersangka
baiklah wahai bakal pemimpin
dengan Allah
yang memiliki sifat Ar-Rahman
Bahawasanya
amanah bukan satu mainan
Maka, jadikan
ini sebagai satu jalan
Untuk engkau
lebih dekat dengan Tuhan
Juga sebagai
satu wasilah
Untuk engkau lakukan perubahan
Tulisan ini
bukanlah untuk kemashyuran
Hanya sebagai
satu peringatan
Kerana aku inginkan
Tatkala pada
saat aku dilupakan
Oleh makhluk
yang bernama syaitan
Engkau boleh
berikan aku ucapan
Seperti mana
aku perlukan
Dan
Supaya pada
hari engkau naik dihadapan
Dengarlah apa
yang hendak kami rintihkan
Buanglah dari
bayangan engkau
Agar aku dapat
bersamamu
Maaf jika aku
sudah terperasan
Lebih baik
dari leburnya harapan
Kerana aku
punyai sedikit pengalaman
Ingin
dijadikan sebagai pengajaran
Moga hidupku
menjadi lebih aman
Inginku lihat
perubahan dalam persatuan
Mendidik dan
menjaga orang bawahan
Dengan penuh rasa
cinta dan kebajikan
Yang diajar
akan keterbukaan
Yang bersifat
kesederhanaan
Yang kosong
dari pembodohan
Yang penuh
dengan pembangunan insan
20-May-2014 .