Kelas AlQuran hari ini diganti dengan tazkirah
daripada Sheiki Abdul Muhaimen. Sekitar jam hampir 8 pagi. Sheikh hadir ke
maktabah. Tempat halaqah AlQuran kami diadakan. Soalan pertama yang diajukan
kepada anak muridnya ialah ‘siapakah yang pandai translate BM kepada BI’?. Kami
mula saling pandang memandang dan menunding jari. Aku hanya menundukkan kepala
kerana kekurangan dalam bahasa asing ini. Walaupun bahasa itu penting dewasa
ini. Dia meminta dua orang yang pandai bahasa itu untuk membantunya. Tidak
diberitahu secara jelas tujuannya. Sejurus itu, beliau membuka topik
perkongsian ‘ilmiah hari ni dengan tajuk ‘Islam di negara Barat’ .
Beliau menceritakan keadaan isu semasa tentang
fenomena Islamisasi di negara Barat seperti German dll. Betapa ramainya insan
di negara asing itu telah mula memeluk Islam. Berlainan dengan Malaysia, krisis
murtad belum ada penyelesaian yang proaktif.
Sheikh juga ada menyebutkan nama Dr. Zakir Naik,
seorang tokoh da’ie yang wajar dicontohi. Beliau berkongsi tentang hujah-hujah
golongan anti-Islam dan bagaimana untuk menjawabnya. Perkara yang paling banyak
disentuh oleh beliau ialah tentang ‘Islam tidak berlaku ‘adil terhadap wanita’.
Banyak soalan beliau lontarkan untuk kami mengerahkan otak supaya berfikir.
Semua soalan yang diajukan ialah dari mulut mereka yang menentang Islam dan
orientalis.
Antara soalan dan hujah balas ialah :
*kenapa perempuan mesti mempunyai mahram jika
hendak bermusafir?
Ha! Apakah
jawapan anda. Mungkin ada yang pernah membacanya. Tapi, ini sedikit perkongsian
dari guru kami. Secara mudahnya beliau memberikan metafora perempuan dengan
emas.
Contohnya, apabila kamu ada simpanan emas. Secara
automatik, pencuri akan terpikat dengan kamu untuk mencuri emas itu. Pencuri
itu secara fitrahnya kita menganggapnya jahat kerana beliau ingin mencuri.
Begitu juga perempuan, jika dia musafir tanpa mahram. Lelaki yang jahat akan
mudah untuk memerangkapnya dengan memakai topeng ‘kebaikan’ untuk memuaskan
nafsu yang jahat itu.
Islam itu amat menjaga perempuan. Cuma perlu anda tahu
dan sedar betapa besarnya peranan wanita dalam pembangunan ummah itu ...
Betapa besar dan maha pentingnya peranan wanita
itu. Dengan ia, boleh membawa lelaki ke syurga. Dengan dia juga, boleh
mengheret lelaki ke jahannam. Seburuk-buruk tempat kembali. Antara buku yang
menarik untuk dibaca ialah ‘Untukmu Wanita’ karangan Dr. Zaharuddin Abd.
Rahman. Kerana aku mempunyai ibu dan adik perempuan yang disayangai. Buku itu
aku beli dan diletakkan di maktabah rumahku. Senang ibuku apabila membacanya.
Apatah lagi, anaknya.
Satu hadis
yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca dari kitab Zaadu at-Tholibin :
النِّسَاءُ حَبَائِلُ الشَيْطَانِ
Maksudnya :
Perempuan-perempuan itu dijadikan jerat/perangkap oleh syaitan.
At-Takhrij ……
-
Muhammad ‘Ashiq Ilahi telah menisbahkan hadis ini kepada
pemilik kitab ‘Misykatul Masoobih’ dalam kitab al-Roqhoq kepada Rozin(salah
seorang penulis kitab) daripada Huzaifah R.A ‘anhu. Dan telah menyebut hadis
ini oleh as-Sakhowi dalam kitabnya alMaqosidul Hasanah (Hadis no. 586) dan dia
telah berkata (hadis) : ‘Pemuda adalah cabang dari kegilaan dan wanita itu
dijadikan jerat oleh syaitan. Ditakhrij oleh Abu Nuaim dalam kitabnya al-Hulyah
daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Aabis dan Ibnu Laal daripada Ibnu Mas’ud R.A
‘anhu, dan Ad-Dailami meriwayatkannya daripada Abdullah bin ‘Aamir R.A ‘anhu
dengan hadis yang panjang, dan oleh at-Taimiy dalam kitabnya at-Targhib
daripada Zaid bin Kholid. Kesemuanya seperti (hadis) ini.
-
Kemudian as-Sakhowi berkata : Hibalah itu ialah
apa yang diburu oleh nya daripada apa-apa benda sekali pun. Jama’ kepada
Hibalah ialah Habail.
-
Hadis ini disokong dengan apa yang dikeluarkan
oleh dua orang Sheikh dalam bidang Hadis (alBukhari dan Muslim) daripada Usamah
bin Zaid R.A ‘anhu . berkata Rasulullah S.A.W :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى
الرِّجَالِ منَ النِّسَاءِ
‘tidak aku tinggalkan selepas aku fitnah yang paling berat
kepada lelaki, iaitu perempuan’
-
Maka sesungguhnya syaitan itu menggunakan
perempuan untuk memburu lelaki dan menjadikan perempuan sebagai sebab untuk
menyesatkan lelaki . Namun, alangkah beruntungnya perempuan yang solehah itu,
yang ikhlas dalam kehidupannya, yang hanya Dia dihatinya, jauh dari tipu daya
syaitan dan dunia yang rosak.
Untuk lebih
lanjut tentang hukum wanita musafir tanpa mahram sila klik link di bawah.