Konvo di awal Mac

Konvo di awal Mac

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-7 Sidang Pertama, Mahasiswa Morocco. Saya mengucapkan tahniah kepada 4 orang senior yang berkonvo di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada kali ini.

Poster Majlis

Sebelum Majlis ini ditentukan tarikhnya. Aku mendapat berita dengan perlantikan ajk program. Lantas aku teringat dengan satu artikel yang pernah dibaca pada beberapa tahun lepas tulisan al-Ustaz Marwan Bukhari dengan tajuk Timbunan Mayat pada Hari Konvo.

Aku ingin memetik satu ucapan mashyur oleh Abul A’la al-Maududi ketika beliau menghadiri satu majlis meraikan pelajar yang sudah tamat pengajian di sebuah universiti.

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. 

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Sungguh kata-kata ini benar sekali dan tidaklah tersasar melainkan tepat pada sasarannya. Aku bukan ingin mengulas ucapan ini. Cukuplah anda membaca artikel asalnya.

         Cuma, mungkin sedikit perkongsian dari aku yang pernah menjadi Graduan pada Hari Konvokesyen Graduasi Tahfiz seluruh Maahad Tahfiz di Kelantan dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Acara yang diadakan setiap tahun bermulanya kali pertama pada tahun 2010. Tahun itu juga menjadi titik tolak acara ini menjadi event yang ditunggu-tunggu oleh para Huffaz.

         Bukan aku tidak setuju dengan majlis yang sebegitu indah diadakan. Bahkan, objektif utamanya mungkin untuk menghargai para Huffaz dan memberi semangat kepada mereka untuk menghafal al-Quran. Dari satu sudut yang lain. Fenomena baru yang berlaku apabila penghafal al-Quran berkejaran mencari sijil itu. Sanggup menghabiskan hafazan sebelum tarikh graduan supaya dapat bersama memakai jubah bersama kawan tanpa ada usaha untuk menjaga hafalan itu.

          Rata-rata mereka sungguh gembira dengan majlis sebegini. Termasuk aku. Walaupun perasaan masih haru biru. Bagi aku, apa guna sijil itu kalau al-Quran tidak dijaga dengan muraja’ah. Apatah lagi memahami,  mengamalkan dan menyebarkannya. Kerana minda segelintir pelajar telah dijajah dengan kehidupan bersijil sehingga melupakan hakikat kehidupan pada ‘ilmu yang dicari. Bukan pada sekeping sijil.
Ingin aku mengulangi post aku kepada sahabat yang baru mendapat sijil STAM bulan lepas.

Terbanglah dan pergilah kemana jua, dengan matlamat yang satu. Terokailah yang jalan telah dilalui. Biarpun panjang perjalanan ini. Impian kita bukanlah hendak sampai di penghujungnya. Tetapi cukuplah kita mati di atas landasan ini. Sambunglah perjuangan ini, bukan mencipta yang baru agar engkau tidak rasa letih.

Jangan pernah merasa cukup dan tertipu dengan mainan tempat persinggahan ini. Kerana bukanlah 'ilmu itu pada helaian kertas itu. Jika 2,3 Phd sekalipun. engkau masih belum mengenal 'erti kehidupan. seperti debu beterbanganlah kerana ditiup angin di akhirat nanti. Jom masuk University of Life.!
seperti kata Ibnu Mas'ud : 

ليس العلم بكثرة الرواية ولكن العلم الخشية ...
"Bukanlah 'ilmu itu dengan banyaknya riwayah, tetapi 'ilmu itu ialah takut kepada Allah."

dan Yahya Bin Abi Kathir berkata:
لا يستطاع العلم براحة الجسم
"Ilmu tidak dapat dicapai dengan kerehatan badan". (Muqoddimah Shahih Muslim)

dan kata guruku as-Sheikh Abu Raihanah 'Abdul Muhaimin : 
العلم ليس بالمكان ولكن بالتعام
"'bukanlah 'ilmu itu pada tempat, tetapi ia dengan BELAJAR" kataku (perawinya thiqoh)

Orang yang bercita-cita menjadi alim tetapi tidak bersedia mengorbankan masa dan tenaga, tidak sanggup berlapar dan dahaga, tidak pernah menghabiskan waktu malam dengan berjaga, usahlah berangan-angan... 

(Nasihat untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang ingin merasai nikmat 'ilmu).


Jesteru itu, lebih baik rasa malu dengan diri sendiri, walaupun orang lain merasa bangga dengan sijil itu. Tidak perlu menunding jari kepada orang lain. Koreksi dan audit diri sendiri, kerana jauhnya kita sikap Ahlul Quran yang sebenar.

Cukup sekadar ayat ini untuk buat aku termenung dan sentap :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ٣٢

32. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). Surah Fathir.

Majlis Konvo

Banyak perkara yang aku pelajari. Biarpun letih, aku teruskan berlatih walaupun masih bertatih. Bekerja di antara lelaki dan perempuan cukup menguji iman. Inilah ujian buat orang beriman. Membuatkan aku menulis satu pantun bila habisnya program.
Perasaan aku perasan,
Moga dia tidak perasan,
Kerana Allah sudah pesan,
Yang membuatku terkesan.

Tipulah kalau lelaki tidak teruji dengan perempuan yang ber'ajk' sekali. Hatta muslimah yang bertudung labuh sekali pun. Syaitan lagi hebat membuat tipu helah.

Program habis ketika mana matahari sudah kurang panasnya. Berganti dengan awan yang membawa petanda rahmat Allah akan turun. Angin bertiupan menghilang perkhabaran dari suara manusia. Allah menguji peserta program dengan azan ‘Asar dari masjid berdekatan. Perjalanan diteruskan. Tinggal lagi untuk sesi fotografi dan mesyuarat post-mortem. Alangkah baiknya jika solat di dirikan dahulu. Biarpun, aku juga turut serta menjadi mangsa.

Di Jalan al-Majd

Seperti biasa, datangnya ke Rabat untuk program Persatuan, di Villa Ammu Fidae(VAF) aku ditempatkan. Rumahnya di akhir jalan al-Majd. Syukur kerana rumah yang selesa dan tidak berjauhan dengan apa yang perlu serta destinasi yang dituju. Di tambah dengan senior yang baik dan soleh belaka. Aku memperingati perjalanan aku dengan seorang senior ke Masjid Mashirah al-Khadhrak. 5 minit dari VAF. Hampir seminggu aku tinggalkan masjid itu. Datangnya aku untuk kali ini,  ada satu perubahan yang agak ketara. Karpet ditempat solat ditukar kesemuanya. Alhamdulillah. Bertambah selesa mereka untuk solat.

Namun, satu sudut lain. Ada perkara yang tidak turut berubah. Antaranya, suasana padang futsal yang berhampiran masjid. Hampir setiap waktu selain Subuh. Bola itu ditendang oleh manusia juga.
Lalu, terkeluar satu ungkapan.

Biarpun karpet bertukar baru,
Engkau masih dalam keadaan begitu,
Mungkin engkau masih tidak tahu,
Apa ertinya ke Masjid itu.?

Sejujurnya, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu kewajipan dan kepentingan menjaga solat. Tidak kira tua atau muda, bangsa ‘Arab atau orang Malaysia. Kerana kefahaman dan pengetahuan ini tidaklah dibina melainkan dengan ilmu di dada. Bukan setakat dipelajari, malah dilazimi pada diri. Belum sentuh bab solat berjama’ah dan solat di awal waktu. Khususnya, bagi lelaki.

Ketahuilah, bahawasanya solat itu tiang agama. Tingginya nilai ibadah ini sehingga menjadikan rukun Islam yang kedua. Selepas manusia mengucapkan 2 kalimah syahadah. Solatlah yang perlu dimuhasabah. Sepertimana yang diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal R.A, bahawasanya Rasulullah bersabda :

رأسُ الأمرِ الإسلامُ، وعمودُه الصَّلاةُ، وذُرْوَةِ سَنامِه الجهادُ

Kepala kepada setiap sesuatu itu ialah Islam, tiangnya ialah Solat dan puncaknya ialah berjihad di jalan Allah  (riwayat at-Tirmizi, Hasan Shohih)

Solat juga merupakan amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Rasulullah S.A.W bersabda :

أولُ ما يحاسبُ بهِ العبدُ يومَ القيامةِ الصَّلاةُ ، فإنْ صَلَحَتْ ، صَلَحَ سائِرُ عَمَلِه ، و إنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سائِرُ عَمَلِه

Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya." (Shahih at-Targhib wa at-Tarhib oleh as-Sheikh al-Albani)

Di dalam al-Quran juga Allah menyebut antara ciri orang-orang beriman yang berjaya ialah :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ ٢  وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ ٤  وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ٥ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٦ فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٧ وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨ وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٩
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; - surah al-Mukminun


Pulang ke Kenitra

Buat pertama kalinya aku pulang ke rumah dari Rabat menaiki kereta. Pada awalnya aku niat untuk solat jama’ apabila sampai dirumah nanti. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu oleh senior bersama 4 orang penumpang menghadapi masalah tayar pancit.

Hampir 20 minit bertungkus lumus memasang tayar spare. Alhamdulillah. Azan zohor berkumandang. Perasaan berbelah bagi. Perjalanan diteruskan. 5 minit naik kereta dengan tayar baru. Senior kepada senior berkata : ‘Kena singgah kedai tayar jugak ni, sebab tayar spare ni tak tahan lama’. Driver angguk tanda akur pada arahan. Lagi aku belajar untuk menghadapi masalah.

Kami masih belum solat. Kerana 3 orang akan bermusafir ke Casablanca untuk hantar super senior balik ke Malaysia. Tinggal aku dan seorang senior yang lain. Rupanya ada perkara yang belum dilangsaikan. Mungkin sebab itu ujian Allah. Moga diampuni dosa-dosa kami. Kedai tayar berhampiran rumah Ammu Fida’ie disinggah. Mengambil masa yang agak lama untuk urusan tayar. Aku berjalan ke villa Ammu Fida’ie untuk melaksanakan kewajipan, sambil menulis satu rangkap : 

Walau apapun yang berlaku
Letaklah Allah nombor satu
Bukan manusia yang diseru
Nanti engkau akan keliru.
Sekeping gambar bersama 2 orang senior yang berkonvo

2 Comments

  1. Allahu. Choukran bizzaf ingatkan hati yang layu ni.

    Btw, pantun ni best!
    Perasaan aku perasan,
    Moga dia tidak perasan,
    Kerana Allah sudah pesan,
    Yang membuatku terkesan.

    Psst: Bakpelah ambe takgi konvo huffaz tu, Boleh juppo demo :)

    ReplyDelete
  2. 'Afwan akhil karim..

    Alhamdulillah. Allah pertemukan kita disini.
    Uhibbuka fillah.
    Barakallahu fiik..

    ReplyDelete

Back to Top