February 2014

Kelebihan Zikir

Kelebihan Zikir

الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وبارك على نبينا محمد , وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين .

Amma ba’du :

Sesungguhnya meningati Allah itu ialah penghidup kepada hati, denganya mendapat ketenteraman, ketenangan dan kerehatan. Tidak mendapat keluasan hidup dan ketenangan hati melainkan dengan mengingati Allah. Firman Allah :

(الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) (الرعد:28)

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Sesungguhnya begitu juga ganjaran yang dijanjikan apabila beramal dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi pernah keluar pada suatu hari dari rumah isterinya Juwairiah R.A untuk solat subuh dan Juwairiah sedang berada di tempat solatnya. Sewaktu Nabi S.A.W kembali, matahari sudah mula tinggi (dhuha) dan beliau masih berada di tempat itu. Apabila Nabi S.A.W melihatnya Baginda bersabda :

مَا زِلْتِ عَلَى الحَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا

‘’Awak masih berada di tempat yang saya lihat sewaktu keluar tadi?’’ . Jawab isterinya. ‘Ya’. Sabdanya lagi :

لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ , عَدَدَ خَلْقِهِ , وَرِضَا نَفْسِهِ , وَزِنَةَ عَرْشِهِ , وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ .


“Sesungguhnya saya telah membaca selepas meninggalkan awak empat kalimah sebanyak tiga kali yang jika ditimbang dengan bacaan yang awak baca pada hari ini, timbangannya lebih berat lagi .
Maha Suci Allah dan aku memujiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, keredhaan diriNya, seberat timbangan ‘ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya’.(tiga kali) – Hadis Riwayat Muslim …

Allah Ta’ala berfirman :

(فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا لِى وَلَا تَكْفُرُونِ )
( البقرة : 152 )

Maksudnya : Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku.

(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا ٱذْكُرُوا ٱللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا)
(الأحزاب : 41)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.

(وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
(الأحزاب : 35)

Maksudnya : Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.


(وَٱذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ ٱلْجَهْرِ مِنَ ٱلْقَوْلِ بِٱلْغُدُوِّ وَٱلأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلْغَـٰفِلِينَ)
(الأعراف : 205)

Maksudnya : Dan sebutlah serta ingatlah akan tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang-orang yang lalai.

                Sabda Nabi S.A.W :
(مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لَا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ)

Maksudnya : ‘Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama) Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati’. (Sahih alBukhari dan Fathul Baari (11/208). Sahih Muslim dengan lafaz : ‘Perumpamaan rumah yang disebut (nama) Tuhannya dengan rumah yang tidak disebut (nama) Tuhannya, umpama orang hidup dengan orang mati’. (1/539).

(أَلا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ, وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ, وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ, وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالوَرَقِ, وَخَيْرٍِ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ؟ قالوا بَلَى . قال : ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى ) .

Maksudnya : ‘Mahukah aku khabarkan kepadamu sebaik-baik amalan kamu, yang paling suci di sisi Tuhan kamu, yang paling tinggi darjatnya bagimu, yang lebih baik bagimu dari menderma emas dan perak dan lebih baik bagimu dari bertemu dengan musuh maka kamu memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kamu? Jawab sahabat : Mahu! Sabda Nabi S.A.W “Menyebut dan mengingati Allah Ta’ala’. (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim. Lafaz hadis menurut riwayat Al-Bukhari)..

Dari ‘Abdullah bin Busr R.A bahawa seorang lelaki berkata : Wahai Rasulullah! Syariat (tuntutan) Islam telah banyak ke atas saya, maka khabarkanlah kepada saya sesuatu yang boleh saya berpegang dengannya. Sabda Nabi S.A.W :

(لَا يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِاللهِ)

‘Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah’. (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah. Lihat : Sahih Ibnu Majah (2/316), Sahih at-Tirmizi (3/139)..

Sabda Nabi S.A.W :

(يقول اللهُ تعالَى : أنا عندَ ظنِّ عَبْدِي بي ، وأنا معه إذا ذكَرَنِي ، فَإِنْ ذَكَرَنِي في نفسِه ذَكَرْتُه في نفسي ، وإن ذكَرَنِي في مَلأٍ ذكرتُه في ملأٍ خيرٌ مِنْهُمْ ، وإن تقرَّبَ إليَّ شِبْرًا تَقرَّبْتُ إليه ذِرَاعًا ، وإن تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تقرَّبْتُ إِلَيه بَاعًا ، وإِنْ أَتَاني يَمْشِي أَتَيْتُه هَرْوَلَةً)
Allah S.W.T berfirman (dalam hadis qudsi) : Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka. Jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari’ (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim. Lafaz hadis menurut riwayat al-Bukhari).

Yang dimaksudkan dengan sangkaan itu ialah apabila kita berzikir atau berdo’a, hendaklah meletakkan harapan dan bersangka baik akan dimaqbulkan apa yang dihajati. Bersangka baiklah supaya Allah terima do’a dan taubat kita. Apabila kita istighfar. Mestilah bersangka baik diampunkan dosa. Dan berpeganglah dengan janji Tuhan yang tidak pernah memungkiri janji. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi :

ادْعُوا اللهَ وأنتمْ مُوقِنُونَ بالإجابةِ ، واعلمُوا أنَّ اللهَ لا يَستجيبُ دُعاءً من قلْبٍ غافِلٍ لَاهٍ

‘Berdo’alah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan penerimaannya. Dan ketahuilah oleh kamu, sesungguhnya Allah tidak menerima do’a dari hati yang lalai.’. (dinilai Hasan oleh as-Sheikh al-Albani)


 (من قرأ حرفًا من كتابِ اللهِ فله به حسنةٌ والحسنةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لا أَقُولُ { ألم } حرفٌ ولكن ألِفٌ حَرْفٌ ولامٌ حرفٌ ومِيمٌ حرفٌ)

  
‘Sesiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan pahalanya sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan ‘Alif, Lam, Mim’ itu satu huruf, tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf, ‘Mim’ satu huruf’ (Hadis riwayat at-Tirmizi. Lihat : Sahih at-Tirmizi (3/9), Shahih al-Jami’ as-Shaghir (5/340).


Inilah antara kelebihan berzikir (mengingati Allah) yang dipetik dari Muqoddimah Hisnul Muslim oleh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani dan Azkarus Sobaahi wal Masak Riwayatan Wadiroyatan oleh as-Sheikh ‘Abdul ‘Aziz bin Marzuq at-Thorifi.

Back to Top