Kaedah belajar Bahasa 'Arab?

salam. ustaz. ana nak minta pandangan ustaz. ada ustaz ana cakap. untuk belajar ‘Arab. kena kembalikan sistem pondok. bermula dengan alAjrumiyyah dan hafal amthilah tashrifiyyah(karya kiyai Muhammad Ma’shum bin ‘Ali)..
namun, fi hazihi alayyami, timbulnya pelbagai kaedah untuk belajar Bahasa yang istimewa ini?
sahabat2 Basooir juga boleh kongsikan pandangan anda.. :D

- soalan ini telah ditanyakan di Forum Basooir.com . salah satu web untuk belajar Bahasa 'Arab dan lain-lain secara online. 


jawapan dari ustaz Zaharuddin Nawi Qasimi . : 

Belajar apa-apa bahasapun kaedah bukan matlamat. Kaedah hanyalah terbit melalui pengalaman manusia. Sebelum kitab AlJurmiyah lahirpun dah ada kitab lain yang orang guna. Kitab lain tu pun dapat melahirkan ramai tokoh yg pandai bahasa Arab. Ada org yg belajar melalui kitab Aljurmiyah dan sebagainya tapi tak pandai-pandai juga Arab. Tak dapat dinafikan ada org yg pandai bahasa Arab dgn hanya menggunakan Aljurmiyah.
    Malah madrasah di India guna kitab Parsi untuk belajar bahasa Arab walaupun Parsi bukan bahasa ibunda, bukan juga bahasa persuratan dan tidak juga bahasa komunikasi mereka.
        Satu lagi kita kena jelas apa yg dimaksudkan dgn pandai bahasa Arab. Pandai nahu ke, saraf ke, irab ke, mengarang ke, bercakap ke, berpidato ke, bersyair ke, menulis syair ke, baca kitab turath ke, baca kitab moden ke…banyak kategorinya kan? Kalau Aljumriah dan Amthilah Tasrifiyah tu kan dua aspek sahaja iaitu nahu dan saraf dari aspek-aspek bahasa Arab yang bermacam-macamtu.
          Kelemahan kadang2 bukan disebabkan teknik atau kitab apa yang digunakan. Kadang ia ada kena mengena dengan faktor lain seperti sikap,persekitaran, matlamat, kesungguhan, kesabaran dll. So kita boleh pilih kitab dan teknik yang kita suka utk permulaan kemudian kita tambahkan dari semasa ke semasa teknik orang lain atau kitab yang orang lain gunakan, tak kiralah moden ke klasik ke, pondok ke universiti ke. Janji berterusan menampung kekurangan yg ada. Tak semua teknik dan kitab dapat menyelesaikan semua perkara. Semuanya datang dari Allah manusia hanya berusaha.


          Leave reply

          Back to Top