March 2013

Mengapa ada Blog?

Mengapa ada Blog?


Setelah sekian lama aku mendiamkan diri dari menulis untuk ruangan blog ini. Bukan kerana tiada kesempatan masa. Tapi, untuk membuka pintu perlulah ada kuncinya. Itulah yang aku faham dari kata-kata ‘Arab yang masyhur. ‘Orang yang tiada apa-apa, tidak boleh untuk memberi apa-apa. 

Ya. Mana mungkin aku dapat menyirami bunga jika tiada air. Aku merasakan ada satu keperluan mengapa perlu aku perlu untuk terus menceburi bidang penulisan. Aku mula mencari maksud hati ini yang ingin membuat blog kepunyaan sendiri. Adakah hanya kerana sahabat handai mempunyai blog lalu ingin mencontohinya? Tanpa sebarang kefahaman. Atau mengikuti blogger untuk mendapat kemasyhuran atau segalanya mungkin. 

Aku teruskan usaha ini. Aku cuba tempuhi cabaran dan halangan yang hadir tanpa dijemput. Aku yakin itu datang dari Allah kerana ingin menilai keimanan yang aku iqrarkan dengan lisan pada setiap hari. Aku masih mencari. Lama aku menunggu ia hadir untuk bersama-sama menemani sesi penulisan ini. Aduh! gelojoh sungguh sifat manusia. Sejenak berfikir. Apakah sekadar ini perkongsian yang ingin aku sebarkan?. Atau untuk memenuhi masa kosong?. 

Datang pula pelbagai hasutan dari sudut yang berbeza. Aku memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa. 
Alhamdulillah, aku kembali sedar setelah seketika lena. 

Ini yang aku temui. Segalanya bermula dengan niat. Niat suatu perkara yang selalu dipandang remeh oleh umat Islam. Bukan bermaksud aku pernah membelah hati mereka lalu mengetahui tujuannya. Tapi, ini hanyalah sekadar perhatian oleh insan yang lemah sahaja.

Namun, Islam datang dengan mengajarkan untuk bersangka baik. Kerana sangka buruk itu sering menjadi  perkhabaran yang mendustakan orang yang menelannya tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Alhamdulillah, akhirnya aku temui. Bukan semua tapi sekadar cukup untuk semasa. Aku memikirkan kembali tujuan asal aku dijadikan oleh Allah yang Maha Penyayang. Kerana Dia aku telah dilahirkan di bumi ini. Aku bersyukur saat aku dilahirkan, ibu bapa aku agama Islam. Agama yang diredhai oleh Pencipta aku. KataNya :
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. (surah ali ‘imran)

firmanNya lagi dalam surah yang sama :
85. dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Allah telah menjadikan aku Islam tanpa diminta. Tapi, itulah sifat Pencipta yang Maha Mengetahui. Aku juga memohon dikurniakan syurga sepertimana aku dikurnia ni’mat Islam.

Perjalanan di dunia perlu diteruskan walau apapun cabaran yang menghalang..


Perjalanan mesti diteruskan. Bukan berhenti kerana merasakan sudah cukup. Jauh dan mustahil untuk mencukupinya. Pengorbanan yang baru sedikit perlu digandakan. Usah terperdaya dengan kekurangan apabila memberi kerana sebaliknya kita bersedia untuk mendapat yang lain. Namun, berjalan di jalan ini sering kali aku rebah kerana tiupan nafsu dan perangkap syaitan. 

Aku putus asa. Aku merasakan diri ini sudah tidak layak untuk menulis di blog. Bahkan menyebarkan kebaikan serta kasih sayang untuk semua. Tidak terkira jarak yang ditinggalkan oleh mereka. Aku hina di sisi-Nya. Setiap kali perasaan itu hadir. Pasti penyesalan itu jelma untuk mengisi ruangan perasaan itu tadi. Inilah hebat agama Allah yang Maha Bijaksana. Nabi yang diutuskan untuk seluruh ‘alam sudah cukup aku jadikan motivasi.

Back to Top