Pengumuman result SPM

[saat mengambil result SPM]

Aku mengingati kembali peristiwa saat result SPM diumumkan setahun yang lalu. Aku mula teringat kepada apa yang pernah aku baca dari buku Kompas Umat Akhir Zaman, karangan ustaz Umar Muhammad Noor.

“ Setelah Allah SWT mengabulkan permohonan sahibul wasilah, Muhammad Rasulullah SAW, untuk memulakan hisab, semua jantung manusia di padang mahsyar berdegup kencang. Satu persatu manusia dipanggil untuk menghadap Hakim Tertinggi, Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui, Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatannya selama di dunia.

Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada masa upacara hisab ialah penyerahan buku catatan amalan manusia di dunia. Allah menjelaskan proses ini berbeza-beza. Ada yang menerima dengan tangan kanan. Ada yang menerima dengan tangan kiri. Sesuai dengan amal perbuatan di dunia.

Firman Allah S.W.T :

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ١٩ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠  فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ٢١  فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ٢٢  قُطُوفُهَا دَانِيَةٞ ٢٣ كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓ‍َٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِي ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ ٢٤ وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ٢٥ وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦  يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧  مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّي مَالِيَهۡۜ ٢٨  هَلَكَ عَنِّي سُلۡطَٰنِيَهۡ ٢٩
19. Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab 'amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab 'amalku ini!
20. Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan 'amalku (pada hari yang ditentukan)!
21. Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan,
22. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya),
23. Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24. (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai ni'mat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab ('amal-'amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!
25. Adapun orang yang diberikan menerima Kitab 'amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab 'amalku,
26. Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan 'amalku.
27. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi);
28. Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun;
29. Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku.

(al-Haqqah 69 : 19-29).
Perbezaan ini juga melambangkan perbezaan nasib yang akan ditimpa oleh manusia.

Kedua-dua malaikat yang ditugaskan tidak pernah bosan dan penat mencatat amalan manusia sehingga tiba saat kematian. buku amalan kita akan dibuka sekali lagi apabila dibangkitkan kembali untuk menjalani hisab.” Dengan sedikit suntingan dari penulis.

Adik-adik dan sahabat-sahabat yang baru dapat keputusan, usah risau, sedih dan putus asa dengan ketentuan Allah. Juga jangan salahkan taqdir yang melanda kita. Jika kita sudah usaha, inilah yang terbaik Allah bagi. Mungkin kita rasa tidak memenuhi kehendak. Tapi, pujuklah hati agar tidak terlalu gembira dan sedih. Sungguh banyak hikmah yang tersirat dan tersurat. Seumpama sinaran matahari yang menyinari yang menembusi kegelapan.  

Fikirkan kembali berapa juta ni'mat yang Allah telah bagi kepada kita.
(al-Nahl : 18)

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ ١٨
18. Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Usahkan kira. Mensyukurinya lagi susah. :’(
(Saba' : 13)

وَقَلِيلٞ مِّنۡ عِبَادِيَ ٱلشَّكُورُ ١٣  

13. Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.



Sedangkan, kita dihujani dengan ni'mat Allah SWT . :D
(Luqman : 20).

أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ ٢٠
20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami ni’mat-ni’matNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


Cumamya, mungkin kita masih tidak sedar walaupun dalam keadaan mata kita masih boleh melihat.  

Lebih patut kita risaukan nasib kita di akhirat kelak. Tangan manakah yang menerima buku catatan kita?

Say Alhamdulillah and Thank You Allah.

Bersyukurlah!. ini semuanya ni'mat Allah. (al-Nahl : 53)

وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةٖ فَمِنَ ٱللَّهِۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيۡهِ تَجۡ‍َٔرُونَ ٥٣
53. Dan apa-apa ni’mat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.


SPM hanyalah wasilah di dunia. Buruklah ‘ilmu dikejar kerana sijil. Tanpa amal untuk ke akhirat. Cukup itu dikatakan pengetahun. Bukan ‘ilmu yang bermanfaat. 

Duhai adik-adik dan sahabat-sahabatku, teruskan usaha untuk memastikan kita mendapat KEJAYAAN yang sebenar-benarnya iaitu, dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Inilah kejayaan yang sebenar-benarnya (ali 'imran : 185).

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥
185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


janji Allah itu pasti. Ketahuilah! Dia tidak pernah menzalimi hambaNya sedikit pun. Kitalah yang telah  menzalimi diri kita sendiri (Yunus : 44). 

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ ٱلنَّاسَ شَيۡ‍ٔٗا وَلَٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ٤٤
44. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Sedialah dari sekarang untuk mendapat KEJAYAAN sebenar di akhirat. Jangan tinggalkan dunia dengan mendapat kerugiaan di sana. Amat malanglah, jika kejayaan di dunia yang kita kejari. Akhirat pula yang digadaikan.

Kehidupan didunia adalah rehlah yang pendek. Wajiblah kamu menjadi seorang yang sangat kedekut padanya. Dan menjadikannya untuk berbuat kebaikan dan keta’atan. Bukanlah seorang yang ber’aqal itu yang menukarkan kekekalan(akhirat) dengan waktu yang ditetapkan(dunia). (mafhum dari kalam Dr. Maher Yasin al-Fahl dari dipetik dari status FBnya)


Jangan lupa !!!. Teruskan menuntut ‘ilmu. Untuk mengenali Allah, mengikuti sunnah, membunuh syirik dan bebas dari selaput kejahilan. Teruskan membaca dan mengkaji. Bukan hanya ketika SPM sahaja. Teruskan kehidupan ini dengan sentiasa ingat kepada Allah dan mengikuti Nabi. Bukan hanya ketika saat susah, gelisah atau tempoh peperiksaan sahaja. 

Renungan Bersama :-

Ketika di dewan peperiksaan, fokus kita bukan setakat untuk menjawab soalan. Tapi, kita juga berusaha untuk menjawab betol dan tepat dengan skema. Supaya jawapannya tepat dan diterima lalu luluslah kita. Namun, tatkala kita melakukan 'ibadah. Ramai yang hilang fokusnya. Bahkan kita tidak berusaha untuk menepati skema yang diajarkan Nabi..LULUSkah kita?.. Akhirnya, persiapan dibuat secara sampingan kemudian menjadi rugilah kita..(mafhum dari tulisan Dr. Zaharuddin 'Abd Rahman dari buku beliau, Ledakan Facebook antara Pahala dan Dosa)

If you lost. Turn back to the al-Quran dan as-Sunnah. 


Tahun lepas. Keputusan boleh disemak secara on-line. Tanpa melengahkan masa. Aku pinjam handset kawan dan semak keputusan. Seterusnya, call Ibuku tersayang. Sementara Ayahku tercinta masih lagi di luar negara. 

' Zaman yang maju telah melupakan kanak-kanak dari memahai erti kehidupan yang sebenar. Sehingga terpaksa pecahkan cermin supaya kita/mereka dapat melihat matahari dan 'alam yang indah diluar sana'. 


Setahun yang lalu
Aku telah merasai
Kesan terkena doktrin
Pemikiran yang dijajah
Aku kesian
Melihat generasi kini
Meratapi mimpi yang sama.

Dalam kegelapan yang nyata
Sedikit yang menemui cahaya
Bukan kerana soal mata
Hati itu yang perlu dijaga
Supaya petunjuk menyapa sentiasa.


al-Faqir ila rabbihi, 
Ammar Yasir bin Mohd Bashir.
Rue Ibn El Benna, Kenitra, Morocco
21-Mar-2014/19 Jumaada al-Uula 1435
Jumu'ah.


One Comment

Back to Top