January 2014

Tempoh Imtihan

Ada apa dengan Imtihan .

                Dalam perjalanan pulang dari Masjid Labok, aku menumpang kereta Sheikh Muhaimin. Malam itu seingat aku bulan Ramadhan.

Sheikh bertanyakan aku satu soalan. ‘Bila habis Imtihan ?’

            Memadangkan ketika itu musim exam di sekolah aku telah bermula. Dan dalam fatroh exam inilah musim yang paling aku suka. Kerana ramai pelajar mula berjinak dengan buku-buku dan nota mereka. Dan akan terlihat perubahan suasana itu sendiri. Dari setiap sudut dan segi. Pelajar tidak membuang masa mereka begitu sahaja. Masjid yang sebelum itu sunyi dan kurang sambutan, mula mendapat kemeriahan dengan dijadikan tempat study, samaada study group atau keseorangan. Malah ada yang sanggup tidur di Masjid. Katanya,  kerana ingin bangun awal. Alhamdulillah. Tapi, ini hanya berlaku pada sesetengah pelajar sahaja.

Aku pun menjawab dengan ringkas soalan guruku tadi. ‘Lambat lagi sheikh, 2 minggu lagi.’ Aku sendiri terlupa dialog itu dengan tepat. Kerana perkara ini berlaku beberapa tahun lepas. Namun, aku meriwayatkan dengan makna.

Lantas sheikh membalas jawapan aku. ‘Erm, Imtihan ni tak akan habis!!!’

‘ha, kenapa Sheikh?’ ringkasnya kerana rasa hairan.

 ‘imtihan ni tidak akan habis kerana kehidupan di dunia ini pun satu ujian’ simple tapi sungguh mendalam ucapan seorang guru.

            Aku agak tersentap dengan jawapan sheikh itu kerana benar sekali apa yang disebutnya. Kata-kata itu seringkali aku teringat apabila exam-exam yang seterusnya. Sungguh ungkapan itu telah membuatkan aku berfikir dan merenung kembali. Apa erti kehidupan.? Lalu, aku termenungkan kata-kata Allah ini. 

Firman Allah : ( 2 )   Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-Mulk.



Kata Fudhail bin ‘Iyad : amalan yang paling baik itu ialah menepati sunnah dan ikhlas kerana Allah. Jika kurang salah satunya. Maka, tertolaklah. - (dengan ringkasan oleh penulis)

Dan ayat ini juga sebagai satu dorongan (targhib) untuk berbuat ‘amal keta’atan dan larangan untuk melakukan jenayah ma’shiat… (Tafsir al-Muyassar)

Dalam surah yang lain Allah berkata :
( 35 )   Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. – al-Anbiyak.

Kata Ibnu Kathir dalam tafsirnya : Allah akan uji dengan musibah-musibah dan ni’mat-ni’mat dari masa ke semasa(silih berganti), untuk Allah lihat siapa dalam kalangan hambaNya yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa yang yang sabar dan siapa yang putus asa. Seperti mana kata ‘Ali bin Abi Talhah, daripada Ibnu ‘Abbas : dalam menafsirkan (dan Kami menguji kamu), katanya, Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan kesakitan, kekayaan dan kefaqiran, halal dan haram, keta’atan dan kema’siatan, petunjuk(hidayah) dan kesesatan.

Dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan untuk dihisab setiap ‘amalan dan diberikan balasannya.
               
Sungguh aku rindu mereka. Lagi la aku rindu melihat mereka tatkala musim peperiksaan menjelma. Solatnya dijaga. Masanya terurus. Jadual hariannya tersusun. Namun, rindu aku menghilang, digantikan dengan kesedihan walaupun tanpa dijemput. Kerana. Kerana. Perubahan itu berlaku bukan kerana…. bukan dengan sebenarnya. Mungkin engkau masih kabur dalam perjalanan. Masih lagi tertipu dengan sistem ini dan sudah terbiasa dalam keadaan zon selesa. Maka, tetap dan tabahlah dalam merasai perubahan dan merestasi lingkungan ini. Berubahlah, biarpun sedikit. Tapi, asalkan istiqomah. Itulah perkara yang disukai Allah.

            Oleh kerana Jami’ah aku telah mengeluarkan Jadual Imtihan. Maka, dengan sendiri perubahan itu berlaku. Aku harap akan berkekalan walaupun sedikit. Sebab itu juga teringin nak tulis cerita ini.
·         Hari demi hari umur kita semakin meningkat. Moga kita jadi insan yang terbaik. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Baginda Nabi SAW, siapakah manusia yang paling baik? Maka jawab Nabi SAW : "من طالَ عمُرهُ وحسُن عملُه - mereka yang panjang umurnya serta baik 'amalnya" (HR al-Tirmizi, Hasan Sahih) .Jom jadi baik dan lebih baik.

Ayuh kita kejar kejayaan yang sebenar dengan cemerlang, terbilang dan gemilang iaitu dibebaskan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Amin. (rujuk surah Ali ‘Imran : 185)

Moga Allah memuliakan kita dengan dapat mencapai tujuan yang kita inginkan.

Mohon do’a dari sahabat-sahabat.

Kenitra. 9 Rabi’ul Awwal.

Kredit to Designer.
  

Back to Top