November 2013

Seekor Burung



Pemenjaraan bukanlah prinsipku, Dan bukanlah pada pemenjaraan itu kesukaanku

Maka aku tidak gemar sama sekali dengan sangkar, Walaupun sangkar itu diperbuat dari emas

Hutan-hutan milik Tuhanku itulah matlamatku, Dan kehidupan di situ adalah tuntutanku

Lazatnya pada hutan itu tempat makanku, Dan tulenya pada hutan itu tempat minumku

Aku akan pergi ke hutan untuk mengambil air, Air itu daripada mata air yang rasanya segar

Aku berkicauan dalam hutan itu dengan kebebasan, Maka pemenjaraan itu bukanlah prinsipku.

sya’ir bahasa ‘arab 'Seekor Burung' yang mashyur.


Sya'ir ini memberikan contoh dan motto kepada penuntut ‘ilmu supaya membaca kerana itu satu tuntutan dan keperluan. Bukan sekadar hobi sahaja.

Janganlah tertipu dengan kemewahan dunia. Keluarlah dari zon selesa itu kerana terdapat disana kelazatan dan kesenangan yang kekal abadi, yang tidak tersingkap oleh mata yang buta.

Terjunlah dalam khazanah ‘ilmu Islam untuk merasai keindahan agama itu. Kerana perkara ini tidak akan dapat melainkan dari sumber yan asli dan tulen.

Di sana, kamu akan meni’mati kebebasan yang tenang atas dasar keinginan dan balasan bersusah payah dahulu. Hikmah disebalik bermulanya dengan wahyu yang pertama Allah turunkan agar manusia MEMBACA kerana di situ ‘Ilmu dapat diperolehi.

Perjalalan ke Maghribi

       بسم الله . والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين .
                 
                Sudah hampir sebulan aku berada di Bumi Andalus, Morocco. Semenjak 30 Sept yang lalu, itulah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Kehidupan ku sudah banyak berubah. Aku bersyukur kerana Allah telah memilih aku menjadi Mahasiswa di Maghribi di antara puluhan pelajar negeri Kelantan yang memohon. Tidak seperti Mesir dan Jordan. Jumlah permintaan jauh lebih ramai dari negera ini.
Pada asalnya, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melanjutkan pengajian ke sini kerana beberapa sebab yang aku fikirkan. 

Pertama, kerana result SPM aku yang tidak setinggi mahasiswa lain yang menghantar borang. Biarpun result SPM itu mempunyai pelbagai tafsiran untuk aku dan orang lain. Namun, SPM itu menjadi syarat utama untuk anda memohon pengajian di sini dek kerana Kementerian Pengajian Morocco menganggap SPM itu sijil tertinggi untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang agama di Malaysia.

               Kerajaan Morocco juga telah menetapkan hanya 15 orang sahaja setiap tahun. Walaupun ada tahun yang sebelum ini lebih daripada 15 orang. Dalam kalangan 15 orang yang diumumkan oleh KPT Malaysia, namaku tidak wujud dalam senarai insan terpilih itu. Dalam keadaan itu juga, do’aku hanya sanya kepada Allah sentiasa aku panjatkan supaya mendapat tempat pengajian yang terbaik untuk aku.
Dalam jangka tempoh itu juga. Aku telah membuat perancangan bersama beberapa orang sahabat untuk memilih Yaman yang terkenal dengan Bumi Iman dan Hikmah sebagai destinasi untuk menuntut ‘ilmu. Mereka terdiri dari senior dari Ma’ahad aku dulu.

                Tanggal 18 Sept, Rabu petang. Seusai bangkit dari rehat. Aku mendapatkan smartphone aku untuk melihat apa-apa berita baru. Terdapat satu miscall dari nombor tidak kukenali. Aku terlintas, ini nombor KL ni, bukan nombor telefon Kelantan kerana bermula dengan 03. Jam menunjukkan hampir 7 petang. Fikirku, mungkin itu panggilan dari sahabat yang tinggal di KL. Selang beberapa minit, nombor yang sama menelefon untuk kali yang kedua. Tanpa ragu-ragu, dengan semangat yang ingin tahu siapakah yang ingin bercakap dengan aku. Aku menekan button answer.
‘Assalamu’alaikum, ni Ammar Yasir bin Mohd Bashir ke?’ suara perempuan yang tidak pernah ku dengari.

            Maka bermulalah perbualan kami. Di kala waktu petang itu juga ahli keluarga ku ada si rumah. Ibuku kehairanan juga. Anaknya bercakap dengan siapakah? Sambil tersenyum dan berjalan-jalan dalam rumah.
Perasaan gembira itu tidak boleh aku sembunyikan. Apatah lagi terhadap ibu bapa. Lumrah hidup, cukuplah gembira itu dengan rasa syukur terhadap pemberian Allah. Kadang-kadang kegembiraan itu apabila disambut dengan ikut rasa. Maka, tunggulah natijahnya.

           Aku menceritakan kepada kelurgaku yang aku mendapat panggilan dari KPT sekejap tadi dan tawaran menyambung pelajaran ke sini. Insan yang panggil gembira. Ayahku. Terserlah di raut wajah putihnya tanda gembira dengan khabar tadi. Begitu ibu dan abang sulungku, Muaz.

            Menurut kakitangan KPT yang menelefon aku tadi, tarikh terakhir untuk sampai ke sana adalah 23 Sept. Alangkah terkejutnya aku, hanya 5 hari untuk aku menguruskan segala-galanya. Rasa macam mustahil. Tapi, itulah ujian yang aku dapat. Namun, pesanan yang aku terima selepas mendapat panggilan kedua dari pegawai KPT ialah ‘kena tunggu surat tawaran dari KPTM dulu, baru boleh buat urusan seterusnya’. Dalam masa yang sama, aku cuba menghubungi senior lama yang belajar di Maghribi untuk mendapatkan pandangan dan maklumat lanjut.

           Ayah dan abang sulungku duduk bersama untuk membincangkan langkah seterusnya. Perkara pertama yang perlu aku lakukan ialah menelefon sahabat ku untuk membatalkan hasrat ke Yaman dan duit yang telah di bank-in. Alhamdulillah, sahabatku, Muzzammil akan menguruskan untuk duit itu. Nasib baik belum dibayar ke agen Travel.

          Maka bermulalah perjalanan kami sekeluarga ke KL untuk urusan-urusan yang berkait. Menggunakan kereta Toyota Estima yang diberi pinjam oleh sahabat baik ayahku. Dari alam universiti hubungan mereka terbina. Sungguh kukuh dan ampuh. Itulah hubungan yang dasarnya kerana Allah. Beliau juga memberikan kunci rumah kedua beliau di Bangi. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ini.



Back to Top