Kisah Paderi

Alkisah, terdapat seorang ketua paderi yang mashyur disebuah desa yang jauh dari kota raya. Beliau seorang paderi yang teguh berpegang dengan ajaran agamanya.

Diceritakan beliau sentiasa beribadah dan setiap kali ingin beribadah, terdapat seekor kucing yang tinggal di gereja itu hadir dan menganggu setiap sesi ibadah si paderi. Sudah pasti paderi itu tidak selesa dalam lamunannya. Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk mengikat kucing itu di salah satu tiang gereja agar dia boleh bebas dalam merasai manis nya dia bersama kepercayaan itu.
Bertahun lama berlalu, paderi itu ditimpa penyakit dan meninggalkan dunia ini dengan penat lelah dan ‘amalan yang telah dilakukan. Namun, semuanya seperti debu yang beterbangan. Firman Allah dalam surah al-Furqan, juzuk 19:

( 23 )   Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

Maka, bergantilah jawatan ketua paderi yang ‘alim  dan warak itu kepada paderi yang lain. Sebelum paderi baru ini beribadah, dia teringat akan perbuatan ketua paderi lama itu ketika mana beliau ingin beribadah. Beliau akan mengikat kucing di salah satu tiang dalam gereja ini. Tanpa banyak berbicara dan berfikir, beliau membuat perkara yang sama seperti mana yang telah dilakukan oleh si paderi yang telah meninggal itu.

Begitulah ‘amalan yang dilakukan para paderi yang datang dan silih berganti jawatan selepas itu.  Oleh kerana perkara itu dilakukan oleh seorang ketua paderi, maka mungkin untuk mereka menilainya kembali.

Dalam alQuran juga Allah menyebut perkara yang hampir sama, dalam firmanNya, surah alBaqarah, juz kedua :
( 170 )   Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Kata Sheikuna Mohammad ‘Asri Yusoff secara ma’nanya : Allah masukkan dalam alQuran teguran ini untuk orang kafir, begitu juga umat Islam agar mengambil pengajaran agar tidak melakukan perkara sama dengan golongan mereka.
               
Satu perumpamaan yang pernah diungkapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz : 
 “ Umpama air yang mengalir dari hulur ke hilir, puncanya dari bukit itu jelas nampak akan kejernihan dan kesucian air itu. Apabila sudah mengalir jauh dan sampainya ke tempat kita. Pelbagai perkara yang sudah bercampur dengan air tadi. Bahkan warna airnya juga sudah berubah, apatah lagi rasa. Tidak lain dan tidak bukan cara untuk kita menggunakan air itu semula ialah dengan menapis dan melakukan apa-apa proses yang berkaitan supaya selamat segala virus yang mugkin boleh mengambil nyawa.

                Samalah seperti Islam, kita sudah berada di akhir zaman. Ratusan kurun sudah Islam lalui untuk sampai kepada kita pada hari ini. Bayangkan segala macam jenis racun telah disuntik oleh musuh-musuh Islam. Bertepatan dengan Firman Allah dalam surah alBaqarah, juzuk 1 :

( 120 )   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Betapa besarnya jasa dan peranan para sahabat ridwanullah ajma’in, tabi’ dan tabi’ tabi’in dan ‘ulamak rahimahumullah yang berjalan di atas landasan mereka  dalam mengjaga keaslian agama yang suci dan dijamin ini.

                Dengan itu, segala tindak tanduk kita pada hari ini bukan secara semberono kita lakukan tanpa panduan dari agama. Bermula dari Nabi Muhammad s.a.w, generasi sahabat yang ditarbiyyah oleh Nabi dan para salaf soleh yang sebaik-baik kurun dijamin oleh Nabi.  Merekalah ikutan kita. Sungguh, terlalu banyak hikmah dari orang terdahulu untuk kita pelajari. !!!




Leave reply

Back to Top